Sabtu, 31 Ogos 2013

Movie : Saya Sokong Filem TANDA PUTERA

Sebuah filem yang mencetuskan kontroversi..kecoh kecoh kecoh.. bagi saya, apa nak kecoh.. cuba dapatkan APA YANG NAK DISAMPAIKAN SEBENARNYA..huhu..saya tentang orang yang boikot cerita ni..it's a good story apee...kena bagitau..kena cerita..kena kasi sedar bail..kita leka selama ni..sebab melayu mudah lupa..bak kata Tun M la kan..

Saya gile gile semangat tau..selama ni tengok movie free je..tapi khas untuk sokong Tanda Putera ni saya beli tiket sendiri okeh.. antara paling awal tengok okeh.. 29 ogos 4 petang, saya dah tengok..masa tu hall pawagam tu cuma ada 6 orang je..huhu.. uolsssssss..yuh yuh yuh and yuhhh..huhu..banyak yuh tu..syhhh..tak tau jangan nak dok bising-bising kata saya dapat tiket free boleh la nak support.. aiyooooo abang kakak... tiket RM12 je pon untuk support filem sejarah buatan anak melayu kot...ko blanje puloh-puloh ringgit untuk menda tah pape tak pe pulak kan..huhuhu..

Pendapat saya tentang cerita ni ok..bagi saya part yang kata isu sensetif tu sebenarnya bukan sensetif perkauman tetapi sensetif secara peribadi orang tu..sendiri makan lada kan..tak kan aku plak yang rasa pedas ! HARUS la ko yang pedas kan..

sebenarnya yang saya nampak cerita ni nak tunjukkan;
  • betapa rapat akrab dan percayanya Tun Razak & Tun Dr Ismail tu dalam membentuk semula keamanan serta perpaduan dalam Malaysia ni.
  • nampak tak kesan perbalahan kaum akibat fitnah dan hasutan tu?
  • jelas tak betapa harmoninya bila dapat semula hidup bersatu padu dan menghormati setiap bangsa?
Cerita ni seriously tak mengantuk sebab saya sentiasa nak tau apa lagi seterusnya... sebak melihat kemusnahan dan kebiadapan rakyat semasa masing-masing menghina kaum masing-masing.. sedangkan alangkah bahagianya la bila kita hidup serumpun bermacam bangsa..uols...negara lainpon tak de tau macam-macam bangsa dalam satu negara hidup aman sentosa..

Kenapa saya kata filem ini penting untuk sedarkan balik kita?

lihat sekarang ni..fitnah sana-sini..hasutan..pemberontakkan..dah macam nak mengulang kembali sejarah hitam 13 mei tu..ishh..tolong la jangan.. ingat ! perpecah belahan tak bawa kemana.. apa yang patut kita fikirkan bagaimana nak cool kan balik amarah kaum yang sedang memberontak tu.. apa puncanya..jangan pula terlalu lembut dan asik bagi saja..saya suka cara Tun M dulu..dia bagi dan tarik..bukan buruk siku.. maksud saya jika ko nak ini, ko kena la kontra kan dengan ko bagi ini pula.. paham? ahahaha..tak paham tak pe..

Kesedaran apa yang saya nak kita dapat ? sedarlah orang melayu.. kamu ni dah berpecah belah banyak sangat ni.. Allah pun cakap tak akan bantu kaum yang berpecah belah kan... so ko doa banyak-banyak pun tapi ko  tak bersatu, masih berpecah, sebar fitnah, provokasi melampau..memang tak la kan tuhan nak tolong..tuhan tu adil..ko nak bantuan dia ko kena lah BERSATU ! 

bila kita suruh orang melayu bersatu dah timbul pula isu perkauman..heloo..bersatu bukan perkauman la..perkauman bila sesebuah kaum tu berat sebelah, menghina kaum lain, dan tanak hidup dengan kaum lain.. bersatu itu pula menjadikan sesebuah kaum tu lebih kuat bukan untuk menentang kaum lain tapi untuk sentiasa memberi kesedaran tatkala kaum itu terleka dan saling membantu jika ada yang memerlukan..

tapi apa yang berlaku ni pon mungkin ada hikmahnya..sekurang-kurangnya mereka yang terleka sedar dan nampak apa yang mereka abaikan selama ini dan PERBETULKAN sebelum orang-orang itu hancurkan terus negara ni.. faham kan siapa yang saya maksud kan terleka tu..yang diamanahkan rakyat tu pas ni harap boleh BUAT KERJA BETUL-BETUL.. nak buat sesuatu biar bersungguh jangan asal kan buat je okeh..banyak sangat berlaku sekarang ni..sendiri terasa okeh..

saya bukan pakar politik nak kata semua ni..ini pemikiran seciput saya saja..okeh la back to the movie la yerk..huhu..

kalau uols nak tau more info bout this movie..Achik saya ada tulis satu artikel tentang filem ini dan sipnopsisnya sekali..jom la klik sini blog dia.. http://restfeelthefish.blogspot.com/2013/08/filem-tanda-putra-satu-filem-yang-wajib.html


1 ulasan:

  1. saya sokong pendapat anda. Bangsa yg disayangi harus sedar betapa fitnah melanda utk bangsa kita sendiri supaya berpecah belah. Skarang bukan perbalahan kaum spt dlu...tp perbalahan antara melayu sama melayu. siapa yg buat?? paham paham sendiri sudah lah...
    dlu mereka laungkan...MELAYU BALIK KAMPONG!!!! siapa yg patot balik kampung...Melayu kene sedar.
    Merdeka tak ajar kite kencing pd bendera...Merdeka tak ajar kite bakar bendera...Merdeka tak ajar kite panggil negara dgn nama SAKA..cukup gah Malaysia berdiri dgn Nama Malaysia dan gah dgn jalur gemilang nye...

    BalasPadam