Isnin, 12 Ogos 2013

Hari Raya Aidilfitri 2013

SELAMAT HARI RAYA

alhamdulillah kita dah pun berjaya melalui sebulan berpuasa dan sekarang time for raya !!!! yeayyyy... raya ke 5 baru nak ucapkan selamat hari raya..huhu..bole je kan..waaaa... best best raya.. uols raya macam ne?

saya macam biasa la, raya balik Johor.. saya orang JB.. raya khamis tapi saya hanya sempat balik rabu petang sebab sangat sibuk sampaikan shopping raya pun last minute uols.. ala.. takde la shopping apa pun..beli baju raya 2 pasang untuk diri sendiri, kasut raya, dan hadiah untuk ahli keluarga. Tahun ni, saya rezeki tak mewah macam last year so tak dapat nak belikan mereka macam-macam.. Abah, saya belikan kemeja Crocodile warna merah je.. Mak,dan 2 orang sister saya belikan selendang koleksi diana amir by Melinda Looi.. Hairi, saya belikan kemeja Seed warna merah juga.. huhu..untuk anak buah saya Ami,saya tak sempat belikan dia pape..sian dia.. sori ye...
 
Bila cakap pasal raya, mestilah meriah dengan makan minum nya kan.. orang johor makan ketupat, ayam masak merah, rendang, serunding, lodeh, kari dan kuah kacang... nyum nyum nyum..
 
Selalunya setiap tahun, malam raya semua sedara-mara akan berkumpul kat rumah kami tapi tahun ni sudah tukar la..ehehe..malam raya kami kumpul kat umah poksu saya.. actually dalam gambar kat atas tu tak lengkap.. kalo nak amik gambar semua sekali memang tak muat..ramai sangat sangat..hihi..ni kira sebahagian je la.. tengok banyak kan bebudak.. kalo uols nak tau, untuk anak buah sahaja (yg kecik2) saya kena siap sediakan 32 sampul ang pow..huhu.. besar famili ni..tu tak masuk lagi ang pow tok adik beradik dan anak buah kesayangan Ami (anak along saya) lagi tu..
Pagi raya, aktiviti wajib kami ialah salam-salaman sambil minta maaf.. alah..macam uols juga la.. masa ni la paling best..pastu kami amik gambar beramai-ramai..

Gaya Aidilfitri 2013 
saya bersama adik bongsu saya, lela
adik lelaki saya hairi, saya dan adik bongsu saya
kalo susun dari kiri no.3, no.4, no.2, no.1
kami cuma 4 beradik je tak ramai
kakak saya bersama suami dan anaknya
inilah keluarga saya..hihi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan