Rabu, 21 Ogos 2013

Movie : Nuffnang Premiere Screening of The Mortal Instruments: City of Bones

Semalam lepas je saya update blog pasal free movie tayangan perdana THE PURGE,  saya terus bergerak ke GSC Midvalley lagi utk Nuffnang Premiere Screening of The Mortal Instruments: City of Bones.. 

Ramai gile manusia..senak mata memandang.. huhu.. nak amik tiket pon beratur sgt panjang..tapi takpe.. tiket free kan..huhu..ku relakan jua..

Lepas amik tiket, macam-macam program diorang ada buat untuk memeriahkan lagi event malam tu.  Antara nya,  diorang tampalkan temporary tatto ala-ala dalam movie tu.. tatto ni boleh cuci dengan air je so jangan nak buat muka sgt ehhh..huhu..

Selain drpd tu, ada model yang memakai costum ala-ala watak dalam cerita tu dan kita boleh bergambar dengan mereka.  Paling best, ada photo shoot tau.. kira boleh pilih senjata olok-olok kat situ dan akan ada photographer amik gambar.  Masa tu juga gambar tu terus diedit dan di print.. hasil nya gambar tu ala-ala poskad atau poster movie ni..wahhh..
Tapi ada juga macam part jawab soalan tu saya tak dapat nak join sebab ramai gile orang...tak kuase mak nak jerit2 menyelit sana sini semata-mata nak hadiah tu..hihi..

Ok. Review tentang movie ni pulak..  
Movie ni memang best..ada idea..cerita pun best tapi banyak gile persoalan tak terjawab.  Tau-tau cerita dah habis...waaa..tensen...apa ni..

Cerita berkaitan girl ni Shadowhunter. Tangkap puntianak dan lain-lain.. yang dikejar atau dicari ialah goblet dan girl tu (katanya anak valentine yg jahat tu).. tapi soalan saya bila tamat movie ni..
- apa jadi pada mak dia? Sedar balik tak?
- apa benda yang mak dia minum tu sampai terus tido dlm iman ? (Uols bole tgk mak dia tido senyum kontrol ayu)
- apa yg akan jadi jika girl tu minum darah valentine tu drpd goblet tu?
- kawan dua yg hampir mati tapi si ahli sihir bantu ubat tu apa citer? Hidup ke mati ?
- girl tu ikot Shadowhunter jace tu, mean dia tanak tunggu mak dia sedar ke?
- apa jadi pada Institute tu? 

Ishh byk lagi la soalan nye..huhu..uols tengok sendiri la.. maybe ada sambungan kot cerita ni.. baru akan paham...hihi...
 SELAMAT MENONTON !

2 ulasan: