Jumaat, 23 Ogos 2013

Majlis Perlancaran Semula VirtualMalaysia.com 2.0




Semalam petang jam 3 petang saya dengan bersemangat gile dah sampai kat Holiday Villa Hotel, Subang untuk majlis relaunching portal perlancongan VirtualMalaysia.com.. saya dan achik, kami dijemput sebagai blogger rasmi portal ni.. waaaa... tu la..gile semangat, rupanya event tu start jam 4 petang..huhu.. berpoloh-poloh mak dok kat luar hotel tu sampai abis make-up cair yuhhh..huhu.. (alah gurau je,tu pon tak boleh ke?ahahahaha)
so sementara menunggu tu (sejam uols) saya pon klik klik sana sendiri syok sendiri la..huhu..
pose kanan kiri nak sensorang.. huhu..nasib baik ada achik boleh amik kan gambar

kalau uols tengok gambar ni, nampak kan ramai gile guest..ahaha..semua pon kena tunggu

ok, kita start dengan detail majlis ni dulu ye;

Majlis Perlancaran VirtualMalaysia.com 2.0
Khamis
22 Ogos 2013
3.30 petang
Classic Ballroom, Holiday Villa Hotel, Subang Jaya
Actually majlis ni adalah untuk memperkenalkan semula laman portal VirtualMalaysia.com yang sudah berwajah baru katanya..uols...bukan uols je nak santek berwajah baru, laman web nowdays pon nak berwajah baru..biar sedap mata orang memandang..hihi.. kalau uols tak caya bole ler ke laman web tu, seriously dah berubah da.. now, dia buat ala-ala all in one.. uols tak perlu penat-penat nak search sana sini untuk cari tempat perlancongan dah..semua dah ada kat situ.. one more thing kan, portal ni lebih kepada mempromosikan Malaysia ke mata dunia gitewww.. ye la uols, bila ramai pelancong asing datang, Malaysia lebih terkenal, ekonomi naik, banyak peluang pekerjaan dan kita sebagai rakyat Malaysia of coz akan bangga dengan pencapaian negara sendiri kan..wahhh... (bercerita dengan penuh semangatnya)

selain daripada itu, matlamat saya bersama-sama dengan portal ini adalah untuk berkongsi kepada semua tentang perlancongan, hotel review (kan saya ada banyak juga la buat review hotel kan kan kan) dan yang paling utama semestinya la kan uolssss nak memperkenalkan AKTIVITI PEMANCINGAN SEBAGAI DAYA TARIKAN PELANCONG KE MALAYSIA..  giteww..kann..
Jom tengok event ni,
 
Macam biasa majlis dimulakan dengan ucapan dan ucapan, ada juga sedikit penerangan apa yang baru dan menariknya VirtualMalaysia.com yang baru ni.. pastu ada acara amik gambar..klik klik sana sini dan acara kemuncak nya......yes of cozzzz MAKAN..huhu.. memang ini la yang ditunggu-tunggu..yeah..yeah..yeah.. (sambil melompat-lompat keriangan)
Uols jangan jeles, macam-macam makanan ada okeh.. ada Satay Ayam, Satay Lembu, Mi Rebus, Roti Jala, Kuah/Serawa Durian, Kari Ayam, Ketupat, Lemang, Lontong, Lodeh, Kuah Kacang, Serunding Ayam, Serunding Daging, dan banyak lagi kuih muih yang sedap..hihi.. saya makan sampai pening-pening.. muntah terus uols..ahaha..terlebih ajinamoto kottt.. huhu..padan muka ko gelojoh yang amat kan kan.. kih kih kih..
Ok..last sekali yang paling best... kami dapat baju t-shirt, cawan..yeaaayyy...hihi..pastu dapat amik gambar puas-puas..

Jom Tengok Klik-Klik


ni la cik syuhaida yang jemput kami..yang kaler merah tu..
okey..ini la meja khas untuk blogger.. gambar kanan tu errr...sape nama dia ekk..tak tau la

hah.. ni blogger juga.. yang lelaki tu namanya Sharizan dan amoi ni saya lupa la nama dia
ni pon blogger juga.. yang merah mak ngah ni namanya Ummi dan yang itu Achik saya la !

ni masa klik-klik perlancaran dengan media
kami bloggers !!! yeayyyy.. boleh giteww ????
klik..klik bloggers dengan bos virtual ni..
tetiba ye uols datang amoi baju merah tu blog muka makkk ni okeh... dah kena tenjit kaki..
ini Datin Suraya.. owner resort kat Sg Ular katanya.. InsyaAllah saya akan kesana bila buka
saya dan achik di stall makanan yang disediakan
chit chat sikit sebelum pulang.. bye bye

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum mala. hai hai. salam perkenalan daripada sheilaaa. hehehe. thanks sudi beramah mesra dengan kita.. kita segan2 nak tegur semua blogger. hihihi. btw nice to meet all of you :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hi sheila.. sama la ngan saya.. huhu.. thanks tau sudi singgah sini.. tetiba malu pulak rasanya.. hihihihi..(sambil tutup muka)

      Padam
    2. nak minta izin awak, amik gambar kak syuhaida tu bole? saya kreditkan gambar ke blog awak. heee kita terlupa nak amik gambar kak syuhaida tu. hehehhee

      Padam