Khamis, 21 Februari 2013

Jalan-Jalan : Kota Melaka (Taming Sari - River Cruise - Beca - Kota Sejarah)

Waahhh..tak lengkap honermoon uols kalau tak jenjalan sesikit kat kota melaka tu..hihi..sesikit cukup la..kang penat sangat spoil mood honey moon uols..ahaks...so here saya boleh share sikit mane tempat uols boleh pegi bila berhoneymoon kat melaka ni..

MANA NAK PEGI ??
  •   Menara Taming Sari
yang ni memang wajib uols.. tak sah datang melaka tapi tak ke menara taming sari..actually ni menara tinjau..uols boleh naik dan menikmati panorama melaka daripada atas menara.. murah je.. untuk malaysian hanya RM10 je..alah tak kan kedekut kot RM10 tu.. ada juga sewaan teropong kat situ tapi bagi saya tak perlu la..kannn.. deck menara ni akan merpusing 360 darjah dan naik perlahan ke atas puncak menara..sementara itu uols bole la dengan penerangan yang disampaikan staff dalam tu melalui pembesar suara kot..entah...hihi..tapi honestly saya tak bole nak dengar apa sebab sibuk amik gambar sana sini..dan bunyi bising orang dalam tu..hihi..enjoy la tengok keliling melaka dari atas tau !
saya dalam deck menara ni..standby nak naik..
ni saya snap bari ruang menunggu
belakang tu pusat jualan kaunter taming sari
masuk banggunan tadi cari kaunter ini..

  •   Tour Naik Beca Kenali Kota Bersejarah
 memang rezeki saya..sebab saya terjumpa abang beca ni.. nama dia azmi dan katanya dia SU persatuan beca..katanya la..yang bestnya, dia offer saya package 1/2jam atau 1 jam pusing kota bersejarah ni..setengah jam cuma RM25 je untuk 1 beca tau bukan 1 orang... saya ingat maksud dia just pusing keliling melaka ni naik beca je..tapi rupanya..best sangat..package ni include stop tempat bersejarah dan abang beca tu turun bagi kami amik gambar sambil menceritakan sejarah setiap satu tempat tu.. sangat menggagumkan..contohnya..pokok melaka..uols tau kat mana pokok melaka tu? pernah tengok buah melaka tu? bukan buah melaka kuih onde-onde tau..ni buah melaka betol.. tau tak gambar siapa yang terukir kat pintu gerbang AFarmosa tu? hehe..banyak lagi..arrghhh gila sejarah sekarang ni...

ni la abg beca Azmi tu..a.k.a. tour guide kami.. hihi
ni la dia buah melaka !!!
belakang saya tu pokok melaka !!!
baiknye lembu ni.......
ada beza tau meriam belanda ngan meriam portugis..tanya abg beca
ni kereta api lama.. tut tut...
ishh napa senget gambar ni.. siapa 2 orang dlm ukiran kat situ?
ini pokok misteri !
seriously panas..nyesal siap pakai sweter tebal ni..saya si gila

tu menara jam !
peace..nak turun dari atas..

nampak tak? church tu..apa tah nama dia..
china town ! gila sesak !
tau tak pancuran air dibina untuk siapa? siapa pompuan tu?
ni abg beca lain..untuk hantar saya balik ke kereta sbb malas berjalan
kapal belakang tu penting ! saya penah masuk dulu
  •   Perkampungan Portugis
actually saya tak selongkar abis kampung portugis ni dan tak tau sangat la apa bestnye sebab panas gile..saya banyak dok dalam kereta..hihi.. saya pusing keliling sikit dan amik gambar je..pastu balik..lokasi dia dekat belakang sikit je dari Hotel Angsana yang pernah saya stay dulu tu.. tengok penduduk kat sini memang skin tone diorang beza ala ala portugal gitu.. dia tak gelap macam melayu (macam saya la) tapi skin gelap dia tu cantik ala portugal hiksss...
ni saya amik gambar dalam kerata je..hihi
panas gile tgk gambar pon tau..
org tu je rajin amik gambar pepanas..
  •   River Cruise Melaka
satu lagi tak lengkap uols ke melaka kalo tak naik river cruise ni..saya pilih naik malam sebab siang sangat panas..da naik berlengas da badan ni..ketiak jangan tanye..ahahaha..aduiii..naik waktu malam sejuk..ada lampu sana sini..suasana bangkit sikit..harga murah je RM15..nak beli cari le kaunter dia dulu jgn jadi cam saya main terjah je..ahaha..kapal ni akan berak bila penuh..diorang pasang recorder menceritaan apa yang kita nampak keliling tu..lupa nak bagi tau saya naik dari taman rempah station..sebab dalam tu ramai so bising sangat sooooo tak dengar la apa yang diceritakan sangat..apa yang boleh nampak? sentosa village..perkampungan melayu melaka..rumah baba nyonya..kincir air lama..ishh banyak lagi..try la sendiri..hihi..sebab saya sibuk klik klik gambar je.. huhu..
ni kaunter tiket..cari ni dulu..
ini laluan cruise ni..apa kita bole tgk..
tgk achik melulu nak naik tak sempat nak klik klik
tu pemandunya..
suasana dalam tu..
saya sedang klik klik sendiri..wawawa..tak malu...

 banyak lagi tempat yang boleh pegi..saya tak sempat contoh rumah baba nyonya..dengar kata best tapi saya tak dapat pegi lagi..tapi dalam rumah tu dengar katanya tak bole amik gambar..ishh tak best ...hihi..

jalan-jalan kat melaka ni, saya banyak syok sendiri amik gambar so tak dengar sangat tour guide saya tu bercerita..achik saya denga semua..so untuk info lanjut..kat mana kami makan..fee berapa..apa apa apa..jom la tengok blog dia..lebih lanjut uols... klik sini.. http://berryhitamanisworld.blogspot.com/2013/02/view-3-lensa-di-melaka-bandaraya.html

SAYA DI MELAKA DARI 13 - 17 FEBRUARY 2013... JOM TENGOK:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan