Sabtu, 12 November 2011

Movie Reviews : Abu Ya



Sungguh menyesal tak sudah dibuatnya..hurm..nyesal saya nak sangat tengok cerita ni..bukan apa..cerita diharapkan menarik dan mampu memberi informasi la pada saya yang memang tak tahu kisah abu ya ni..tapi..entah la...(sambil menggaru pale)

Saya tak tahu mane silapnya filem ini sama ada produksi yang tak bagus, atau tak cukup budget untuk hasilkan filem. Sebab seolah-olah filem murah dan paling tak best bila jalan ceritanya yang sangat tak jelas. serious memang susah juga la nak paham cerita ni. saya paham pon sebab baca sipnopsis cerita ni.hahhh..tu kat bawah saya ada paste kan sinopsis cerita abu ya ni.




Menmpunyai Kuasa??

Hal jalan ceritanya yang kabur. Entah la, adakah kerana banyak sangat kena potong...atau...cerita ni memang di ringkaskan melampau sangat sampai tak paham...yang pelik tu, bab bab seks, berahi, ghairah, seksi bini-bini abuya ni melebih-lebih pulak..Apa kegiatan sebenar Abu ya kabur.


Abu Ya dan Bini-bininya

Pelik..nape tanak story cane tetibe polis tu kena tangkap pengikut Abu Ya?? tau tau dah nak kena rejam..adehhh

Ahah..satu lagi..tolong la..mase nak berperang tu sangat tak logik..komander tak bersenjata ke? ade 1 tu lagi best, komander bergelut dengan pengikut Abu ya sambil diperhatikan pengikut lain yang pegang senapang..pelik! kenapa tak tembak je?sedangkan sume ade senapang..adoi...(sambil menggaru pale lagi) Dah la bom tak real..macam baling mercun je..huhu..saya anggap mungkin kurang budget kot nak wat perang macam real...


Rasanya yang mereka nak naik & tonjolkan hal Abu ya yang berbini 4. Yang pelik lagi nape la pelik-pelik bini dia yang 3 orang tu?? suraya...lakonan jue..asik tunjuk dia gersang je..please la...siap meringkuk atas katil sensorang syok sendiri..and..WOW..siap lurutkan seluar dalam putih lagi..tu tak masuk aksi pelik Jue mase nak buat nasi kangkang tu..perlukah dengan muka dan aksi berahi?ini filem pengajaran atau porno?damnnn...

Ahahahaha(sambil gelak terguling-guling)..tetibe saya nak setuju pula dengan apa yang abg chik cakap dalam blog dia..."kenapa cite Abu Ya ni tak letak je tajuk ISTERI-ISTERI ABU YA ke hape ke"..sebab banyak cerita hal bini dia je..tang apa dia ajar tak nampak sgt..tang peluru pon x nampak pelurunya..tang perang pon hujung-hujung cerita...cer bace achik tulis sal cite nihh..-->http://restfeelthefish.blogspot.com/2011/11/dah-bosanlagi-membosankan-filem-melayu.html
.Bini pertama si kaya ala-ala baik,banyak bantu Abu ya sejak dahulu tapi ending tu kena hangkut ngan sapa tah..Bini kedua minah Turki yang tiba-tiba pandai bercakap serta mengeja bahasa melayu yang asyik isap rokok & pakai ikat tali kat pale...Bini ketiga pulak pompuan pattani yang selalu berkemban/pakai tube je setiap hari..tukar-tukar kaler je..uhuhu..pilihan 'bersama' Abu Ya selalu ni..ahaks..bini keempat ni..asyik gersang je..terlentok sana sini..peliknya..gemar sangat pakai baju tido from am to pm ompotih kata..tak kira siang atau malam..pastu selalu pengikut abu ya ni dukung..napa?kaki tak bole jejak tanah ke??

Saya nak cite lebih pon payah..sebab saya memang pangkah cite ni..no wonder la dalam panggung tadi cuma ade 8 orang saja menonton termasuk saya..adehhh...so, nak jelas camne cite ni leh le rujuk sipnopsis kat bawah tu...hehe..

Sinopsis


Filem ini mengisahkan seorang lelaki bernama ABU BIN ZAKARYIAH yang menghabiskan sebahagian zaman remajanya di TURKI dan setelah kerap berulang-alik ke TURKI, telah pulang ke tanahair bersama seorang perempuan TURKI bernama UMYI SONIA ARTATUK ( isteri ).

Dia mendapat peluang untuk mengajar agama di sebuah tempat di KAMPUNG BUKIT LALANG. Dia sangat disanjung tinggi di kawasan tersebut kerana mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan orang lain di kampong itu. Lebih-lebih lagi dia mempunyai kelebihan berbahasa Inggeris serta mempunyai seorang isteri yang sangat jelita dan modern. Beliau juga berkawin dengan SAKINAH- penduduk kampong itu. Akhirnya, ABU BIN ZAKARYIAH digelar TOK AYAH ABU YA atau ABU YA.


Menerusi SAKINAH yang kaya & banyak tanah, ABU YA membantu ramai penduduk setempat. Akhirnya dia berjaya membentuk sebuah komuniti kecil berteraskan fahaman dan ajaran mengikut logik akalnya dalam menyelesaikan masalah yang timbul di kalangan pengikutnya. Dia menamakan komunitinya sebagai KERAJAAN DEWA-DEWA. Pusat pengurusannya adalah di atas sebidang tanah di tepi sungai dengan dinamakan sebagai MARKAZ KHALIFAH. Dia mula menaikkan bendera merah sebagai lambang kekuasaannya. Semua AHLInya bebas keluar masuk dalam penempatan tersebut, di samping itu juga ABU YA mula membina dan menjana sumber pendapatan untuk komunitinya. ABU YA juga berkawin dengan ADAWIYAH (bini ketiga) dari kaum Pattani, Siam dan bini terakhirnya (yang keempat)-SURAYA adalah wanita Bandar yang moden.


AMIN, AKUB, ALIAS, AWANG, TAWI, MANAN, HUSIN DAN EMAN adalah orang kuat yang menghidup dan menggerakkan KERAJAAN DEWA-DEWA ini. Peraturan untuk menjadi AHLI-nya amat ketat.Syarat untuk menyertai kumpulan ini ialah mereka harus membawa seorang perempuan untuk menjadi habuan seluruh ahli dan ‘hadiah’ mereka akan menjadi kayu pengukur kepada tahap keimanan dan kesetiaan kepada kumpulan.
Semakin hari mereka semakin jauh dan terpesong dari ajaran agama. Lebih memburukkan lagi keadaan apabila ABU YA berjaya mendapat ilmu pukau dari seorang guru ilmu hitam Siam- MEH EDENG selepas mengahwininya SECARA BATIN di dalam WAT SIAM. Ilmu pukaunya ternyata menjadi dengan bantuan khadam dan hantu syaitan serta iblis. Dia (ABU YA) tidak dapat di kawal lagi.

Penempatannya menjadi agak mashyur dan mula menarik perhatian seluruh rakyat di setiap pelusuk. Dia mempunyai kebolehan mengubati semua jenis penyakit. Dia berjaya membentuk satu komuniti asing yang mempunyai pengikut yang sangat taksub dari pelbagai bangsa.


Akhir sekali dia terpaksa menahan tempatnya dari dimusnahkan oleh kerajaan kerana dia sememangnya menyesatkan umat manusia dan berhasrat untuk melakukan rampasan kuasa (Dia mendapat bekalan senjata dari sempadan SIAM). Kesudahannya, gugusan yang dibina oleh ABU YA berakhir dengan malapetaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan