Jumaat, 4 November 2011

Idea : Lelaki, Suami & Dot Dot Dot Com Dot My...(zaman cyber lah katekan)

Dalam meniti ranjau berumahtangga, dunia kini berbeza ceritera cintanya dengan dahulunya. Dahulunya lelaki sebagai adiwira seorang wanita. Menjaga, Melindungi, Memcari Rezeki selain daripada Membelai,Memanja,Mencintai. Kini jangan nak kata menjaga dan melindungi, rezeki untuk perut sendiri mengisi sesuap nasi pon 110% mengharap dan bergantung pada isteri.

Dalam seminggu dua ni, berlaku 2 kes berbeza keatas 2 pasangan yang saya kenali tetapi tetap daripada 1 kesilapan besar yang sama oleh 1 lelaki/suami/dot dot dot....


Kes 1
Pasangan sudah berumahtangga selama 5 tahun. Hidup sebumbung menjalani kehidupan suami isteri. Setiap harinya sebelum melangkah ketempat kerja si isteri mewajibkan dirinya menyediakan sarapan pagi untuk si suami. Pulang kerja mengemas rumah, memasak untuk dinner, membasuh baju serta meng'iron' baju kerja untuk esok. Si isteri menanti kepulangan suami minit tiap minit. Setia menanti. Hendak telefon takut dimarahi kerana mengganggu kerja. Hendak sms takut di kata mengongkong. Terkadang itu hanya menelan kesedihan sendiri bila si suami jarang didepan mata, tanpa kata cinta, tanpa belai manja, tidur bersendirian tanpa berteman, atau sekiranya ada dirumah terpaksa menahan perasaan bila terpaksa melihat suami yang asyik berchatting,berfacebook dan macam-macam.. Nak ajak berdating pon jangan la diharapkan. Alasan kerja diberi tetapi kewangan level tak pernah cukup malah masih mengharap wang isteri untuk menampung keluarga sedangkan si isteri juga berpendapatan tidaklah semewah mana pun. Keadaan yang sama berlaku hari demi hari, hati mana yang tahan. Bila diluahkan, hanya maki hamun yang diterima. Bila si isteri meninggalkan rumah dan memilih untuk hidup tanpa si suami, barulah si suami itu sedar betapa sukarnya hidup dirinya tanpa adanya si isteri disisi. Tiada lagi yang membuka pintu, salam tangannya, menghidangkan makanan, menyediakan pakainya dan lain-lain. Dikala segala proses si isteri lakukan ingin menuntut penceraian kerana tiada diberi nafkah zahir(wang), tiada dilindungi, tiada dijaga apalagi dibelai manja...saat itulah si suami meroyan (aikk.lelaki ade meroyan kehh??) hendak balik isterinya tetapi hati sudah keras...semuanya dah terlambat.

Kes 2
Kes yang lebih kejam mungkin. Si suami tanpa kerja hanya duduk dirumah, makan, berchatting dan tido..ulang semula aktivity rutin itu sekian harinya. Tidak cukup dengan itu, meminta wang si isteri setiap hari, keluar dengan wanita lain, membiarkan isteri kemana-mana seperti hospital sendirian. Kantoi bercinta dengan wanita lain sudah berkali-kali. Tapi hati isteri yang masih bersabar masih memaafkan..kemaafan yang ntah keberapa kali tak pernah membawa perubahan. Seperti biasa facebook selalu menjadi punca perpecahan rumahtangga jua. Apalah rasa di hati isteri bila terpaksa jua untuk melihat suaminya seronok berchatting cinta sayang dengan wanita lain. Keluar hang-out malam,pulangnya entah bila..Sengaja membiarkan si isteri tidur sendirian dengan air mata. Tidak cukup dengan itu, si suami gemar menjaja cerita rumahtangganya luar & dalam kepada semua kawan-kawannya juga kawan-kawan isterinya...Ingatlah lelaki...kawan itu pasti menyampaikan jua apa saja yang telah kamu ceritakan serta dustakan..Maka terkejut lah hati si isteri bila mendengar si suami membuka luar dalam hubungan. Lebih menyedihkan mendustakan serta memfitnah isterinya sendiri yang telah menjaga, mencari rezeki untuknya selama ini. si suami yang ngaku bergaji besar ini(sedangkan tak bkerja) menaggung isterinya sering dimaki herdik isteri tanpa dijaga dan tanpa diberi makan. Kononya tersiksa dan tak mampu bertahan hidup dengan isterinya..Juga pernah terluah dibibirnya niat untuk meninggalkan serta menceraikan isterinya bila tiba saatnya (kononnya bila berduit kelak)...Sedihnya saya melihat nasib isteri ini tapi saya masih tak faham kenapa si isteri masih lagi nak simpan lelaki seperti ini sebagai suami..Masih lagi memberi wang kepada lelaki ini..Masih lagi memberi kereta kepada lelaki ini kesana sini sedang dirinya sendiri nak kerja tanpa kenderaan terpaksa bersusah payah...itu lah hati wanita..isteri..hurm..

Melihat 2 kes ini..rasanya kita boleh sangat perasan reality lelaki zaman sekarang ni..


  • Gila berchatting cinta dan berfacebook walau sudah beristeri.
  • Malas mencari wang atau tiada inisiatif untuk meningkatkan income.
  • Suka minta wang wanita, memberi jangan haraplah.
  • Suka menjaja cerita rumahtangga (tak menjaga maruah isteri)
  • Leka..Alpa..
  • Gatal.. Merenyam..

Prihal beginilah sebenarnya membuat ramai wanita zaman sekarang ni takut untuk berumahtangga..sebab suami bagaikan tiada fungsi disisi..wanita lebih selesa menjaga diri sendiri, mencari rezeki sendiri, menghiburkan diri sendiri...

3 ulasan:

  1. bagus...bagus...pandangan yg bernas. STUJUUUU

    BalasPadam
  2. kan..hurm...sebab tu la ramai pilih untuk tak kawin sekarang ni...

    BalasPadam
  3. jodoh tak sampai lagi...jodoh, maut dan rezeki ditanganNya... :-)

    BalasPadam