Selasa, 22 November 2011

2 indonesian mati selepas Harimau Malaya membaham Garuda

Perhhh.. saya ni memang suka letak tajuk yang ala-ala gempak je kann..ahahaha..tapi, ia bukan sekadar gempak..ini adalah berita yang saya dapat pagi ni..Pape pun wa memang bangga gile larhh jadi rakyat Malaysia yang stay cool..tau-tau menang! Harimau Malaya u r da champion !!!


Semalam, semangatnya nak tonton perlawanan bola final antara Malaysia vs Indon..saya siap buat kek coklat lagi buat kunyah-kunyah..resepi tu next time i update..saya hanya menonton berdua saja di rumah dengan achik saya..tapi walau 2 org je, gepak bingit gegar macam ramai orang..kalau org rumah bawah yang busybody tu nak naik umah dipersilakan la..bole join sokong Malaysia sama..hahaha (nasib baik ko tak datang..kalo tak..)

Persembanhan permainan Team Harimau kita memang membanggakan cuma mereka nampak terabur sikit la, mungkin sebab tekanan dari penyokong pasukan lawan yang hampir 100 ribu tu kan.. Irfan ada la sikit2 tak best sana sini but still bagus sebenarnya..zubir best..tapi fikri tu macam bagus2 la,cool beb..paling saya bangga ialah khairul fahmi, walaupun jelas dia nampak panik & tangkapan bola yang kurang melekat di tangan..apek da best la..badrul captain yang tendangan bagus,tapi asyik ko langgar org,org langgar ko..ahahaha



Alhamdulillah, selepas seri 1-1..Malaysia berjaya tewaskan Indon dengan tendangan penalti 5-4..GOOD JOB !!!

Gara-gara tidak puas hati dengan kekalahan sang pasukan garuda di tanah air mereka sendiri buat kali ke-2, macam-macam kekecohan telah berlaku..hakikatnya, hal ini telah pon saya jangkakan..fikir la.sedangkan mereka (rakyat indon) nak beli tiket tonton final tak dapat, kaunter tiket diorang bakar..sedangkan itu harta negara sendiri tu, sendiri bakar..apa lagi bila sang harimau malaya kita telah membaham garuda mereka..KECOH !!!


Tapi kejadian yang menyebabkan kematian itu diberitakan semasa rempuhan yang dipercayai telah berlaku oleh beribu-ribu peminat indon yang membanjiri ke Stadium Gelora Bung Karno Jakarta. Penonton yang tidak dapat memasuki stadium 80,000 tempat duduk membakar dua gerai tiket dan polis terpaksa melepaskan tembakan amaran untuk menyuraikan orang ramai yang suka bergaduh.


2 orang disahkan mati, 10 orang dikatakan dibawa ke hospital mungkin cedera la kot kan..termasuk la seorang kanak-kanak 9 tahun yang koma akibat terjatuh.















Jelas pihak penganjur tidak dapat mengawal sikap & juga perangai peminat fanatik indon ni..kenapa la perlu tolak-menolak..maki-memaki..baling-membaling..yang tua pon dah berperangai macam budak-budak..kan malu kalau anak sendiri tengok bapak dia keluar muka kat surat khabar membuat segala keganasan tu..adehhh..



Cool la beb..bukan kalau kalah tergadai tanah korang tu kan..ini games sahaja..hanya kerana 1 medal sahaja, kenapa mahu memalukan nama negara dengan perangai macam tu? korang kan da beratus-ratus medal menang..relex-relex sikit..haaa...okeyyy

Meh ramai-ramai nyanyi lagu NEGARAKU..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan