Isnin, 26 Disember 2011

Movie Reviews : Ombak Rindu

Dalam ke'busy'an kami kesana-sini, sempat ler juga kami menyempatkan diri tengok movie ni..huhu..tapi da lewat la..orang da lama tengok, saya baru tengok..hehe..tapi tak dapat nak feel sangat bukan sebab cerita ni tak best, tapi masa tengah tengok tu ada je orang sms & call macam-macam hal..terganggu tumpuan menonton norkk...

Cerita ni di adaptasi dari novel Ombak Rindu yang ditulis oleh Fauziah Ashari. Saya pernah baca novel ni dulu masa sekolah..ehehe..sob sob sob..memang sedih and touching...huhu..

Kisahnya macam ni, Izzah dijual pakcik yang menjaganya kat 1 club nih..dan terserempak dengan Hariz yang juga pelanggan disitu..dia beli Izzah ni dan ditempatkan dirumahnya..bestnya sebab diorang kahwin (secara rahsia) atas permintaan Izzah sebab dia mahukan hubungan yang halal katanya..tanak maksiat-maksiat la..lama kelamaan, mereka saling bercinta tapi malangnya Izzah terpaksa pasrah bila Hariz akan berkahwin dengan tunangnya yang dulu iaitu Mila yang juga artis terkenal...sian Izzah.. Dipendekan cerita, Izzah dibenci ibu Hariz..masa Hariz sakit sebab eksiden, ibu Hariz telah menghalau Izzah dari rumah,kereta & handohone dirampas..dia ingatkan itu pompuan simpanan anaknya..tengah malam Izzah jalan keluar umah dalam hujan..time ni..saya sedih gile..waaa...

masa ni Hariz mengaku sayang cinta Izzah..woww..

saat romantis...pewiitt..

malas nak cite pepanjang tapi last dia tetap happy ending bila Hariz mengaku pada semua dia dah kahwin dengan Izzah dan cinta kan Izzah sahaja..sweettttt....last skali, Mila berundur minta cerai & mereka happy happy sentiasa..huhu..

happy sangat ending dia..

Kesimpulannya "Ombak Rindu" memang best dan pengambaran dilakukan di tempat yang cantik seperti Pulau Langkawi, Kuala Kerpan, Alor Setar dan Cameron Highlands.

Best..Best..Best..




Rabu, 21 Disember 2011

Share Recipes : Orange Cheese Cake






erm..cheese cake lagi dan lagi..sebab senang buat..ehehe..ingat tak Strawberry Cheese Cake??? Kalo tak ingat, resepi dia klik sini..disebabkan 16 december ari tu birthday adik saya yang bongsu, Norlela..saya merajinkan diri ini, membuat cheese cake atas permintaan budak tuhhh... tapi kali ni saya buat.....
Orange Cheese Cake
..pepandai sendiri ubah mengubah resepi..hahahaha...

ok start dengan bahan dulu la yerk...


Bahan-bahannya ;

A (Untuk Base Kek)
sebungkus biskut marie coklat (biskot lain pon bole)
120gm butter

B (Untuk Cheese Kek)
250gm cream cheese
250ml whipping cream
140gm gula
2 sudu besar sunquick (hehe..suke ati je kan)
15 gm gelatin (double boiler kan)
100 ml air
Sedikit isi buah oren (dibuang airnya)

C (Untuk Topping Kek)
1 sudu besar gelatin
1/2 cawan jem oren
1/3 cawan air
Sedikit buah oren

Cara Buat (sama je macam yg lepas2)

Bahan A
1. Cairkan butter
2. Hancurkan biskut
3. Gaul sebati butter & biskut

4. Kemudian mampatkan dalam loyang
5. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit (sampai keras la)



Bahan B
1. Pukul whipping cream sehingga gebu dan pekat.Ketepikan.
2. Dalam mangkuk lain pukul cream cheese, gula castor dan sunquick hingga adunan menjadi sebati.
3. Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
4. Kemudian tuangkan adunan ini ke dalam bekas yang berisi krim putar tadi dan gaul rata dengan menggunakan whisk.
5. Keluarkan loyang berisi biskut tadi dah curahkan 1/3 adunan cheese kedalamnya, ratakan.
6. Kemudian, taburkan potongan buah oren di atas adunan cheese tadi. Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis.
7. Ratakan. Sejukkan dalam peti ais 2 - 3 jam utk proses beku sepenuhnya.



Bahan C
1. Susun buah oren atas kek..
2. Masukkan jem oren ke dalam gelatin dan kacau. (tambah sedikit sunquick pon bole)
3. Tuangkan topping ke atas kek dan sejukan dalam peti sejuk
.




SENANG ~ MUDAH ~ SEDAP







siap bungkus lagi..untuk birthday girl..ehehe...






Jumaat, 16 Disember 2011

Memancing : Kelong Purple Inn, Telok Gong, Klang

Purple Inn

Perhhh..dengar nama macam resort la pulak kan..hehehe..tapi ni kelong mancing sebenarnya..tapi kan..bole la jadikan dia ala-ala resort jugak sebab sesuai jugak kalo nak santai-santai dengan kengkawan atau family..KELONG PURPLE INN ni bertempat kat Kg Nelayan, Telok Gong, Klang...


Not bad la tempat ni..kelong dia bersih & luas..kami selalu sewa 1 biji kelong..sebab nak privacy sikit..tak nak la campor dengan lelaki kan...Kelong ni tak dipasak ke dasar laut tau, tapi dia diikat dengan tali ke dasar..so, kelong tu akan sentiasa berpusing & bergerak la mengikut arus air..arus air kat sini bole tahan juga deras..ehehe...









Kelong ni lengkap dengan BBQ nye tempat tapi kami tak penah plak BBQ sini..ehehe..ada set Karoke & TV..tapi kena bawa VCD Karoke sendiri la..kasi itu ikan hiburan..huhu..dapur yang lengkap..dapur gas, gas, pinggan, cawan,periuk, kuali,sudu..senang nak masak..Toilet yang sangat bersih berbanding kelong lain..Air bersih yang sentiasa mencukupi...Tempat tido yang ok, siap toto & bantal lagi uols..

Jom Pergi Memancing !!!






































tengok...duri..duri..duri kannn...gile banyak duri kat sini..hahaha...







l








penantian..mana ikan nih??? seb bek ada kerusi banyak kat atas kelong ni..tak payah rebut-rebut...




Ikan kat sini pon bole la..tapi..yelah..kami ni ratu ikan duri kot..pernah sekali tu kira balik ikan duri ada 55 ekor ! ahaha..ikan lain tu macam Ikan Sembilang, Ikan Kerapu, Ikan Gelama, & ikan yang tak dikenali..aahaha...
















hasil tangkapan kami !!!!


khusyuk siapkan mata kail..huhu

ingat tak..dia ni suka bergaya sambil memancing !!!

seronok bersantai mak?? ni mak saya..





Khamis, 15 Disember 2011

Business : Pakej Katering Perkahwinan 2012

Saya nak promote sikit ehhh bisnes kecil-kecilan saya..bagi sesiapa yang memerlukan perkhidmatan katering sila hubungi saya..saya mengambil tempahan dari kecil order ke tempahan besar..

  • majlis perkahwinan
  • majlis pertunangan
  • majlis khatan
  • majlis cukur jambul
  • majlis makan malam tahunan (annual dinner)
  • seminar (minum pagi,tengahari,petang)
  • mesyuarat
  • majlis hari jadi
  • majlis ulang tahun perkahwinan (anniversary)
  • house warming


Syarikat saya Teguh Indah Catering sudah berusia lebih daripada 10 tahun dan berpengalaman.. so tak payah risau la..bab makan minum mai serah kami...yeaahhhh...

Pakej Perkahwinan 2012
Memang Jimat..Memang Berbaloi..

Restaurant Reviews : Thai Thai Restaurant, Sunway Pyramid

Pernah dengar Thai Thai Restaurant tak? sebab saya nak share pandangan saya makan kat Thai Thai Restaurant, Sunway Pyramid...














restaurant ni bahagian dalam dia nampak mewah sikit la..sesuai kalo nak romantik-romantik..tapi saya & achik lebih suka dok luar, lebih santai...hehe..bole amik gambar..














Suasana dah best..makanan...hurm..okey la..takde la sedap dia tu sampai terngiang-ngiang mcm makan kat william tu kan tapi..ok la..presentation makanan tu pon menarik..minuman dia sedap..sebab tak semua kedai makan kita pegi pandai buat air tau !

harga..takde lah mahal sesangat tapi bukan la macam harga kedai lain..agak-agak paham tak? ehehe..ok la..

Untuk dapatkan suasana dan pengalaman makan baru bole je datang sini makan..

Jom Tengok Apa Kami Makan !

ikan stim...yumyum

Nugget ape tah ni..lupe..

Tomyam semestinya...siap kurma lgk !

Nasi ni pon sedap..ok la..

Nasi goreng nenas !