Khamis, 7 September 2023

review kedai : Vogue Skin, Petaling Jaya (1st time datang)

Betul-betul bersih muka saya, dia kerja kan.. Vouge Skin, PJ ni memang best..dah la staf peramah tak kerek.. ambil customer dari parking kereta lagi tau sampai ke kedai.. ha...tak pernah jumpa service ni 🥰
Lokasi dekat Pinnacle, Petaling Jaya.. ala dekat sama building dengan Sheraton Hotel PJ tu..tau kan ?

Sampai je parking, korang call je diorang, nanti saya share nombor doa dekat bawah.. nanti staf dia akan sambut dan ambil korang dari parking lot tu tau.. mula-mula saya ingat dia buat macam tu pada saya je, tapi tak wehh.. semua customer dia treat sama.. dia ambil dari kereta.. giler ahh service..
Sampai je kedai, disambut baik.. dibuka pintu, dia bagi selipar indoor untuk kita.. lepas tu amoi kaunter minta saya ke bilik konsultasi..sementara tu, dia hantar welcome drink, biasa la teh kesihatan mereka tu 🤣 no sugar eh.. 
Lepas tu, amoi beautician datang untuk buat consultation.. dia akan tanya la semua latarbelakang kesihatan, conditon skin, produk apa pakai.. sebab dekat sini diorang SANGAT membantu nak tahu apa punca masalah skin kita dan diorang akan cadangkan rawatan yang paling SESUAI dengan masalah skin kita supaya kuta boleh dapat RESULT cepat dan tak membazir duit buat itu ini atau beli produk itu ini tapi semua tak menjadi.
Tapi sebab i pakai make-up sangat tebal, dia tak dapat nak cek betul-betul skin.. dia cakap nanti masa treatment, dia bersihkan muka baru sambung tengok kulit dan cadangkan treatment apa.. so apa lagi.. JOM kita ke bilik treatment !!!!
Tempat ni duplex tau.. dekat bawah bilik konsultasi dan ruang lepak ada sofa boleh santai sambil tengok pemandangan...ceeewah.. dekat atas pula adalah bilik rawatan..

Sampai je bilik treatment, amoi tunjuk box khas untuk simpan beg dan barang.. lepas tu dia minta tukar baju, kena pakai facial gown.. sebab nanti ada massange juga provided.. 

dan dia ada bagi bell juga.. bell macam kat kedai makan tu.. benda ni buat i kagum.. sebab i dah pergi banyak sangat spa/medispa/salon/clinic, ini 1st time jumpa yang provide bell.. untuk panggil staf.. penting tau sebenarnya..idea ni bagus.. sebab pengalaman i, pernah beberapa kali kita di tinggalkan masa treatment untuk mask ke atau lain-lain, kadang ada masalah pada treatment mesin ke.. masa tu staf takde.. i nak panggil pun tak tau macam mana ,tak boleh gerak.. so memang idea ni brilliant.. i suka

Ok macam panjang pula saya mencecey kan.. saya teruskan dengan treatment terus la ek..
Macam biasa, dimulakan dengan cuci makeup la.. kali ni dia cuci make-up berkali kali dan cek betul-betul memastikan tak ada saki baki makeup tertinggal dikulit.

Lepas siap cuci, amoi beautician ni sambung consult.. dia cakap muka saya ni sangat kering, ada banyak scar dan jerawat bawah dagu..so sekarang ni kita kena cure kan hal jerawat dan masalah congested skin ni..than baru selesaikan pasal scar scar yang ada tu..
Next, amoi sapu Enzim Scrub Mask untuk lembutkan skin supaya mudah untuk proses extraction nanti. Lepas sapu, tunggu 5 minit dan dia cuci.
Lepas cuci muka, yeay.. part paling ditunggu.. sesi extraction la..picit semua jerawat, whitehead, blackhead..apa apa la semua yang boleh dipicit.. puas hati sangat tau.. dia betul-betul pandai proses ni.. betul belek 1 muka tau.. semua takde tercicir dia bersihkan..
Lepas proses extraction, dia bersihkan muka m. Lepas tu sapu cooling gel dan guna masin cooling untuk redakan merah merah atau bengkak sebab picit jerawat tadi.. sejuk je rasa dia..
Lepas tu, dia bersihkan muka lagi dan start buat urutan bahu, tengkuk, leher dan dada...lega sikit rasa.. fuhhh..
Lepas urut, dia sapu gel mask sekali lagi dan dia pakai kan LED Omega Mask Machine.. Fungsi machine pula, dia bantu skin stimulate more collagen dan mempercepatkan healing proses.

Selepas tamat masa mask, dia cuci muka semula, urut sikit muka dan pakaikan skin care pada muka.

Dahhh siap.. 
Eh..belum..masa bangun tu, dia sambung urut belakang badan,tepuk tepuk kasi lega..ye la..baring lama kan..dekat 2 jam 30 minit juga la..lama tak apa.. asalkan puas hati..

Ok sangat korang dekat sini..nak cerita banyak sebenarnya tapi penat pula korang baca nanti.. next saya cerita lagi.. ada plan nak datang lagi sini tau.. sebab puas hati..
Masa balik tu, i dok pegang muka, rasa bersih sangat tau..rasa ringan muka.. rasa lawa pun ada..ahahahahahha..ok ok sikit je..kasi chance la..

Tak sabar nak ke next appointment..

Eh lupa nak share..

Nama treatment yang saya buat ni Enzim Facial.. Harga biasa RM289 tau, tapi kalau korang nak pergi now ada promosi RM138 je wehhh.. cakap je mala cakap ada promo RM138.. korang try la.. murah gile tau untuk treatment macam tu..

Recommended 5⭐️ korang boleh pergi..jap i share contact dia.. 

FREE Consultation
FREE Skin Analysis

Book your appointment now by 📲WhatsApp at http://wa.me/60166009789!

Selamat mencuba !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan