Jumaat, 21 Julai 2023

REVIEW KEDAI : Restaurant Maluri Tomyam

 TAK SEDAP, SIAP KAU !

Review Kedai Makan kali ni saya nak bawa korang try makan di Restaurant Maluri Tomyam.
Diorang dok suruh suruh datang try, kononnya sedap sangat menu TERBARU dia tu.. ape lagi.. kita try ler..




Kali ni saya try 3 hidangan special dia kata.. betul ke? cey cey cey... jom kita terai


1. IKAN SIAKAP SAMBAL SANTAN KUNING.
- menu ni tokei kedai ni kata resepi ciptaan dia sendiri.. special..dihidangkan dalam ala dulang besar, penuh keliling dengan ulam ulam yummy..
- ikan siakap dia besar sebesar dulang tu, di bakar rangup garing crunchy,  tak rentung ok.. sedap dan juicy
- atas ikan tu dia curah Sambal Santan Kuning
- texture sambal tu pekat dan creamy,  lain dari lain tapi rasa dia ngam sangat dengan ikan tu
- turut disediakan juga 2 pilihan nak cecah-cecah, iaitu sambal kicap dan air asam special. Sedap sangat
- hidangan ni besar, kalau makan sorang tak habis kot.. ahaha.. kalau datang dengan kawan, ngam la.. boleh ratah ratah ikan tu sama-sama kan


2. SOTONG BAKAR SAMBAL SANTAN KUNING.
- ini pun menu special kedai ni
- konsep sama macam ikan tu, sotong tu dibakar dan disaluti, disaluti eh..ahaha.. dibakar sekali dengan sambal santan kuning.. 
- sotong tu besar ye..dia dah siap siap potong size mudah makan
- sambal santan kuning yang creamy tu ngam betol dengan sotong ni
- macam ada rasa makan sotong buttermilk juga tapi ini guna santan..lain sikit la rasa dia.. lagi kaw



3. TOMYAM SEAFOOD
- ha.. tomyam ni 1 hal..
- dia datang dalam macam kuali/pot kecil, dia bagi tempat bakar ala tungku kecil, so kena hidupkan api
- panaskan tomyam, dan DIY masuk kan sayuran macam cendawan enoki, tomato dll
- so, korang akan feeling feeling memasak la 
- tomyam ni style bangkok rasanya, sebab dulu pernah rasa tomyam bangkok, macam ni la rasa dia
- ada rasa susu sikit, pekat, dan kaw
- isi dalam ada semua.. udang dan sotong besar besar eh..
- kuah dia sedap dihirup, mean memang padu 


4. NASI PUTIH
- nasi dia dia guna beras wangi ye kawan-kawan, bukan beras biasa tu, so rasa sedap macam makan dekat rumah



5. AIR OREN
- air pula, kita minum air oren
- saya difahamkan semua air dikedai ini dihidangkan dalam bekas minuman unik macam dalam gambar/video tu.


so geng.. apa macam? ter liur tak??? ahaha.. sedap la korang, food hunter boleh la cari kedai ni ok !

SEDAP !

RATE
taste : ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ (sedap sangat)
environment : ⭐️⭐️⭐️ 
services : ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ (friendly)


DETAIL KEDAI;
Restaurant Maluri Tomyam 
No. 52, Jalan Jejaka 9,
Taman Maluri,
55100, Cheras,
KL


buka setiap hari pada jam 4 petang - 2.30 pagi

boleh klik link bawah ni juga,




Tiada ulasan:

Catat Ulasan