setiap orang ada cara masing-masing bagaimana nak celebrate
tahun baru.. ada yang tunggu firework, ada yang berkelah, ada yang
tidur je... dan ni cara saya bersama rakan-rakan.
1 January 2016, saya bersama 27 orang rakan-rakan WAC (women anglers club) telah ke Kelong Pozi yang terletak di Lukut, Negeri Sembilan.
Tak jauh mana la kelong ni, jarak dari rumah saya ke jeti dalam 1 jam 9
minit sahaja. kalau uols nak cari jeti dia dimana, guna application
Maps/waze pun boleh cari coordinate 2.582821, 101.789782 ....
kat jeti tu ada kedai makan je tau, kalau uols ada nak beli
barang ke, jajan ke, udang mati ke,..sebelum simpang yang ada
signboard Kelong Memancing tu, uols cari la kedai runcit dulu.. kat
dalam tu tak hado.. atau kalau hado masa tu maybe tutup sebab tu saya
tak nampak atau kena mandrem sebab saya memang tak nampak kedai..ahaha..
saya terpaksa pusing balik keluar cari kedai runcit masa tu.
kami planning berkumpul di jeti jam 8.30 pagi..tapi saya
datang lewat kit la.. sebab gi beli udang hidup dulu.. saya beli dekat
jugra je, dekat dengan rumah.. 340 ekor udang hidup saya beli, buh dalam
4 bekas kotak gabus tu, buh pam siap-siap.. udang kat jugra murah kit,
RM1 dapat 3 ekor..jimat.. kami buh sedikit ais dalam box tu kasi udang
tahan lama hidup.. dan hasilnya, dari jam 7 pagi 1 January kami beli
udang tu sampai esoknya nak balik jam 10 pagi 2 January, udang masih
happy hidup..cuma kuantitinya da kurang sebab dah guna la buat mancing
semalamnya.
lupe nak story, kami tapau 1 kelong terus sebab kami ada 28
orang kan.. 1 kelong baru RM1200 je... kelong ni ada 5 bilik kecil, 1
tandas, 1 dapur.. kalau gi mancing ramai-ramai sumbat la selagi.muat..
bilik tu boleh tido 2 orang je.. yang lain kalau nak tido, sila la
bertebaran di mana-mana port yang ada.. saya cadangkan bawa sleeping bag
je.. malam sejuk, bawa la baju sejuk dan stokin.. gigil...
bab kebersihan, hurm.... adui.. memang out.. macam biasa
la..dulu pun saya pernah tulis pasal sikap pemancing yang pengotor ni..
haish... minta maaf kata, keadaan agak kotor, banyak sampah sepah dan
ada yang sudah berulat.. tandas ???? jadi isu jap tandas ni masa
mula-mula sampai.. mual beb.. dah la hancing..ni type pemancing nak
kencing main pancut je kat dinding ni.. sampai keluar bau hancingnye..
tak masuk lagi ada tulang ikan kat sekeliling mangkuk jamban... ni mesti
kerja mangkuk ayun yang dah guna ikan kembung buat umpan pastu
tulangnye buang kat tandas.. cit.. takde sivik penye olang..
nasib baik pemancing wanita yang saya bawa ini ringan
tulang.. sampai je kelong, mereka bersihkan dulu kelong, sapu lantai,
buang sampah berulat tu.. dan cuci tandas.. mereka simbah semua dinding
tandas dengan air sampai bau hancing tu kurang... alhamdulillah boleh la
selesakan diri..
ok kita cerita umpan, untuk trip ni kami guna beberapa
jenis umpan, ada udang hidup, ada udang mati, ada yang bawa sotong, ikan
kembung dan anak ikan hidup. anak ikan ni tak payah nak bawa dari
darat. uols bawa je apollo sebab kat bawah kelong tu banyak je anak
ikan tamban, selar dan anak ikan bilis pon boley.. jalan je..
hasil ? masa kami datang ni takde la hasil dasyat yang gah
gah tu... (malam majority tido dek kesejukan)... tapi Alhamdulillah...
Allah bagi rezeki tu banyak dan pelbagai... semua pemancing merasa tarik
ikan.. cuma ada seekor penyu ni suke main pusing-pusing kelong.. dari
pagi ke petang dok pusing.. ni mesti penyu jantan ni, nampak ramai awek
atas kelong dia dok usha je..hihi..
antara hasil yang berjaya di landed kan;
- ikan merah
- ikan pari
- ikan tuka-tuka
- ikan selar
- ikan baji ekor jalur
- ikan kerapu
- ikan susu
- ikan sebelah/senabi
- ikan bawal emas
- ikan daun baru
- ikan gerut
- ketam bunga, ketam nipah
- ada beberapa lagi jenis ikan yang saya tak sure nama..ahaha..
bab servis..abg pozi ni bagus.. dia layan kan saje karenah
kami.. kami order ais 12 bag besar dia belikan.. kami order makan lunch
dinner dia hantar.. ui..rajin.. air bersih bertong tong dia
hantar..mintak belikan air coke pon dia belikan..ahaha.. penyabar betol
abg ni.. disebabkan service abg pozi ni terbaik, rajin dan friendly..
so kami planning nak repeat lagi.. so girlsss... siapa nak follow jom..
kali ni open 30 orang je okeh..
Facebook Kelab: www.facebook.com/WomenAnglersClub
Website: www.womenanglersclub.com
Contact Kelong: +60193601221 (abg pozi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan