alhamdulillah.. saya baru je selamat sampai
rumah dari percutian..tak kemana pun uolsss.. saya ke cameron highland
je.. maklum le musim panas panas ni elok la menyejukkan diri di tempat
yang sejuk..haha..
macam biasa la, sampai rumah je terus bongkar..apa barang
yang dibelanjakan disana.. saya tak berbelanja banyak pun.. sikit sikit
je..
saya beli bawa balik rumah;
- strawberry
- tomato ceri
- kopi strawberry
- cactus
- bunga ros
- bunga kekwa
- pokok nyamuk
- pokok duit
- tanah
- baja
itu sahaja.. jimat.. jap.. nanti pasni saya update kediaman disana, lokasi dilawati pula..
PENGINAPAN
saya menginap di Apartment Puncak Arabella, Cameron Highland.
Apartment ni 2 tingkat.. 3 bilik tidur, 3 bilik air (ada
water heater), dapur lengkap gile barang (peti
sejuk,kuali,pinggan,cawan,cerek dll), meja makan besar, ruang tamu
lengkap tv, astro, dvd player...
bilik tidur di tingkat atas ada 1 je.. besar gile, ada tandas, ada tv sendiri..
lagi 2 bilik tidur dan 2 tandas lagi kat tingkat bawah.
sambungan cerita cameron tadi... saya ke cameron bersama
achik dan kawan-kawan.. jumaat jam 2 petang kami gerak dari KL dan
sampai ke cameron jam 6.30 petang.. kami guna laluan tapah la..pastu
singgah jap kat lata iskandar amik gambar air terjun.
.
sampai je cameron, kami amik kunci.. rehat jap... malam
sikit kami keluar balik untuk dinner.. biasa la sana sejuk.. malam tu
17°c.. so kami decided makan steamboat la..panas panas.. sedap...
AKTIVITI DI CAMERON HIGHLAND
esoknya, sabtu.. kami mulakan aktiviti dengan breakfast dahulu.. di cafe time tunnel.. pekena strawberry coffee dan roti dulu.. dah kenyang baru boleh jenjelan..yeayyy...
lepas je breakfast, kami terus beli tiket dan masuk ke Museum Time Tunnel ni..
museum ni di bawah tanah.. ada banyak sejarah dan barang lama di sini..
so sangat happy membaca sejarah cameron dan bergambar... hihi.. gambar
tu penting...
terus ke hari ahad.. afternoon tea dahulu di Ye Olde Smokehouse, Cameron Highland..
banggunan ni dah more than 100 years old ok... cantik dan menarik nak bergambar..tapi kena la order makanan dulu...
saya order afternoon tea set.. ada kek, salmon sandwich,
strawberry scones dan cameron tea.. rm48 kalau tak silap saya.. agak
mahal tapi takpe la, at least dapat amik gambar..ehehehe..
lepas makan, kami terus ke Mountain Strawberry Farm berdekatan dengan ladang boh sg palas tu..
disini dari awal lagi kali disambut pekerja sini.. dia bawa
ke farm... bestnye sini kami boleh memetik sendiri strawberry, carrot,
tomato, dan apa sahaja yang kita nak beli... pengalaman tu.. berharga
beb....
sebenarnya semalam kami dah ke Cactus Point ni..
beli pokok berduri macam kaktus dan pokok bunga ros.. tapi bila dah
balik rasa macam tak cukup..so hari ni kami repeat ke sini.. beli lagi
pokok bunga kekwa, pokok duit dan pokok nyamuk..
masa tak mengizinkan.. dah lewat so kami kena pulang KL..
otw jalan balik tu kami singgah evening tea dulu kat ladang teh... minum
teh tarik float dan cheese cake.. memang terbaikkkk..
ok la.. now da 4 pagi.. mata da x larat.. sampai sini je la
saya sharing trip pendek kami di cameron highland 3 hari 2 malam..
nite...
BACA ARTIKEL LAIN SAYA BERKENAAN CAMERON HIGHLAND..
http://superyounglady.blogspot.my/2012/03/cuti-cuti-honeymoon-package-casa-de-la.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan