Alhamdulillah saya semakin sihat, pulih dan kembali lebih baik sudah. Terima kasih kepada yang banyak membantu saya selama ini untuk mengharungi semua dugaan dan ujian kehidupan.
Talk about ujian kehidupan, saya sangat dan cukup di uji dalam 2 perkara. 1st adalah LOVE dan 2nd adalah MONEY. Rasanya bukan saya seorang je yang merasai dugaan ini, pasti ramai lagi kan.
Duit..Cinta..Both penting dalam kehidupan kita… Kita tahu, love without money so difficult but money without love so damn useless.. tapi……Can Money Buy Love? Untuk orang lain saya tak pasti la. Tapi pada saya, jawapan saya Of Course NOT !
I really need love and also money..tapi tak bermaksud saya akan ulangi kesilapan yang sama dengan membeli cinta dengan duit..Believe me dear, orang yang cintakan kita kerana duit adalah palsu, plastic dan menjijikan.. I learn from my mistake..huh..
Sebenarnya ada banyak pandangan tentang cinta dan duit ini. Some people setuju bahawa duit perlu untuk beli cinta pada awal-awal seperti untuk beli bunga, bear dan bawa makan ke tempat yang romantic.. berdasarkan pengalaman lalu, ianya tak akan berjaya kerana ia sangat hipokrit..membeli cinta dengan duit, selepas kita say yes? Semuanya berubah..ohhh no..not again..
Ada juga yang berkata duit perlu untuk mengekalkan keharmonian hubungan cinta terutama pada hari jadi si dia, valentine’s day, dan macam-macam lagi. Setuju juga la tapi tak bermaksud jika tidak buat semua itu kita tak akan bahagia dalam percintaan.hurmm..
Kisah cinta saya pelbagai, begitu juga kisah kegairahan saya mengejar duit… LOVE ? I really lucky coz saya pernah menjadi si pembeli cinta, di beli cinta pada awalnya, bercinta susah tanpa duit dan bercinta selesa tanpa bersyarat duit.. MONEY ? saya mengharungi pelbagai dugaan sedari 1st job as assistant marketing manager ke admin cum account biasa dan maju ke dunia forex seterusnya menceburi dunia medical equipment dari company A ke company C.. dalam masa yang sama, saya menjinak dalam perniagaan secara sambilan.. berdiri dan jatuh seterusnya terduduk semua saya rasa.. akhirnya saya sedar, pendapatan lumayan yang selama ini saya dapat daripada majikan A & C tidak menjanjikan kebahagiaan berbanding perniagaan saya.. ialah saya tahu kamu bayar 8k ke atas untuk saya tapi kamu khianati belakang saya..mungkin betul kata mak, saya bekerja bermati-matian itu company dia..kenapa saya tak majukan company sendiri??
SEKARANG..saya sudah tamat tempoh cuti yang diberikan company C… rasa serik untuk bekerja di situ sangat kuat.. saya nekad untuk menulis surat berhenti kerja kerana saya sudah nekad juga untuk focus pada business sendiri walau pun saya terpaksa merangkak berdikit-dikit…it’s good at least saya semakin kuat..tau dari mana saya dapat kekuatan? I found LOVE yang tak perlu dibeli atau membeli saya dengan duit..dia sumber kekuatan saya untuk terus maju mencari duit tanpa mengharap duit saya kerana dia sendiri sangat kuat mencari duit dan mampu juga hidup susah tanpa duit..dear my love, even u tak pernah kisah betapa terduduknya I selepas dikhianati duit i sendiri dulu, u sememangnya menguatkan semangat saya..
Eheee..now saya simpulkan.. saya tak setuju duit membeli cinta tapi dengan duit kita boleh buat percintaan kita lebih bermakna lagi..