Hari tu saya ada la meng'godek-godek' groupon dan tertibe terminat ler pulokk nak try massage & spa treatment ni kat Emperor Beauty ni.. pulak tu badan memang tengah memerlukan orang picit-picit.. sedang penat sangat..
Sebelum saya beli saya call dulu kedai ni.. tokei dia jawab seriously friendly.. uols mesti suka.. saya baru tanya date kosong dan belum beli lagi groupon tapi dia kata "tak pe tak pe..booking date dulu baru beli. Nanti takut dah beli dah ada orang amik date tu." Pikir balik betul jugak..ehehe.. sangat mudah proses nak booking dengan dia ni.. saya pilih treatment dia esoknya jam 6 petang.. after working hour la kan sbb nak bawa achik join sekali..ahahaha..mau belanje dia sbb dia selalu belanje saya..keh keh keh 😆
Masa hari yang dijanjikan.. saya terpusing-pusing cari nama kedai ni..alah lokasi kat subang taipan dah dekat da ngan opis achik tapi mana laaaaa kedai ni sebab kat groupon tu tulis nama kedai dia Dynasty Beauty & Slimming. Pastu ikot balik alamat ade la jumpe kedai.. tapi nama Emperor Beauty. Naik je atas saya tanya napa nama lain. Dia cakap sbb Emperor ni nama francais kepada si Dynasty ni..Ooooooo...... baru tau.. 😅
Jap saya bagi detail kedai ni dulu..
Nama Kedai : Emperor Beauty Slimming Spa
Alamat : No. 4A-B,USJ 10/1A, UEP Subang Jaya, 47610, Subang Jaya, Selangor
Telephone : 010-2205511
Treatment voucher yang saya beli harga RM88 untuk 2 orang.. mean seorang cuma RM44 je kan kan.. expectation saya yang mereka ni akan bagi treatment yang so-so je sebab bayar murah kan.. tapi.......uolssssss... giler mereka ni tak bais okeh.. layanan tip top.. jom saya cerita treatment yang saya dapat dengan rm44 ni..
1) infrared sauna
2) chocolate foot soak spa
3) honey salt full body scrub
4) full body massage
5) herbal ball treatment
6) hand paraffin
Banyak kan.. ada 6 treatment untuk harga semurah itu.. harus la mau kan kan.. biasa saya baca kat blog lain kalau amik pakej groupon ni mesti orang kedai macam layan nak tanak je. Tapi tokei dan semua staff sini sangat friendly. Uols akan rasa selesa je. Pulak dapat buat 1 bilik dengan achik saya yang banyak mulut tu..asik bercakapppp je mereka.. macam dah lama kenal..hehehe.. ok saya cerita sikit pengalaman spa situ ikot treatment pulak ye.
1) INFRARED SAUNA
mana mula-mula sampai dia terus suruh tukar baju. Ada la kain sarung dia bagi dan seluar dalam pakai buang.. so pastikan tak pakai pape la melain kan kain sarung tu dan seluar dalam pakai buang tu. Lepas je bertukar terus ke bilik sauna. Kat sini guna infrared sauna box kayu. Dia set kan masa 15 minit. Sebelum masuk tu dia spray kan dulu badan dengan Rose Water. Tujuannya untuk moist kan badan dan elak kulit dyhydated. Kat dalam kotak sauna tu ada disediakan air minuman dan majalah. Kami masuk sauna tu berdua so apa lagi berborak je la. Nak baca majalan tulis cina..ahahaha.. habis je sauna tu berpeluh-peluh..tapi peluh sihat ni best uolss.. rasa freshhhh je.
2) CHOCOLATE FOOT SOAK
Nama pun chocolate kan...so dia bubuh chocolate kat dalam besen rendaman kaki tu. Kena rendam kejap kaki kasi lembut sikit. Pastu staf dia datang gosok kaki guna alat dia la..sekejap je part ni.. dah siap, mereka lap kering kaki tu.
3) HONEY SALT BODY SCRUB
Full body ye.. bukan upper back body je. 1 badan dia gosok kasi bersih badan ni. Tapi dia tak de la tonyoh kuat-kuat. Biasa je dia buat. Kan ada sesetengah spa tu dia kalau tonyoh scrub tu kalau boleh macam nak tanggal kan je kulit kita ni..ahaha..tapi mereka tak. Mereka ni biasa je. Tak tau la tanggal tak daki saya tu..ahahaha..
4) FULL BODY MASSAGE
selepas je scrub, saya di minta mandi dulu.. lepas mandi masa untuk urut. Mereka tanya nak guna minyak apa. Ada macam-macam minyak tapi saya pilih ginger oil sebab nak buang angin banyak sangat nihhh dalam badan. Bab urut ni memang boleh puji la staf dia ni. This girl ni orang Indonesia dan harus la pandai urut. Memang sedap la. Rasa lega sangat badan tu.. dia picit sana sini..patah sana sini..ahaha..besttt..
5) HERBA BALL
sebenarnya saya di minta pilih nak herba ball ke nak bamboo treatment. Saya amik herba ball sebab bagus untuk buang angin kat badan ni. Herba ball ni macam tungku juga la tapi buh herba dalam tu.. sakit sakit urut tadi tu hilang bila dia letak herba ball kat belakang badan.
6) HAND PARAFFIN
Dah habis urut bagai semua..pakai baju balik dan ingat dah siap.. kat luar sambil borak ngan tokei dia, mereka buat hand paraffin. Hand paraffin ni macam dia cuma celup je tangan kita kat lilin cair dan biarkan keras kat tangan. Fungsi dia untuk lembut kan tangan. Sambil tunggu kering, saya borak la ngan tokei dia.. memang mesra. Banyak benda kami bualkan.
Dia juga ada tunjuk buku harga treatment sebenar kat situ.. harga very affordable tau.. tak terlalu mahal.. dan dia tak push kita untuk amik apa apa package macam kedai lain selalu buat sampai rasa nak muntah tu..ahaha..best la..
Keseluruhan saya rate ☆☆☆☆☆ sini.. sebab totally saya puas hati.. sangat.. very recommended tau.. uolss harus try.. serious tak mahal sangat.. jap nanti tampal gambar flyers promosi dia sekali.
Hi, saya blogwalking kat sini, jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...
BalasPadam