Susah nak cakap..sebenarnya saya dah buat entri ni tapi hilang tak tau ke mana..so ni kali ke 2 saya taip..mungkin da tak berapa best..huhu.
Tapi nak share jugak..so gigih ni taip lagi..tapi pakai tepon je taip ni.. nanti jumpa laptop baru edit balik ye..
Tapi nak share jugak..so gigih ni taip lagi..tapi pakai tepon je taip ni.. nanti jumpa laptop baru edit balik ye..
Nama Kedai : Patin Place
Jenis Kedai : Restaurant
Alamat : 14 Jalan Bpu 5,
Kawasan Perniagaan
Bandar Puchong Utama,
47100 Puchong,
Selangor, Malaysia
Hari operasi : setiap hari (kecuali cuti)
Masa operasi : 10.30am-11.00pm
Bintang : ☆☆☆☆☆
Facebook : www.facebook.com/PatinPlace
Jenis Kedai : Restaurant
Alamat : 14 Jalan Bpu 5,
Kawasan Perniagaan
Bandar Puchong Utama,
47100 Puchong,
Selangor, Malaysia
Hari operasi : setiap hari (kecuali cuti)
Masa operasi : 10.30am-11.00pm
Bintang : ☆☆☆☆☆
Facebook : www.facebook.com/PatinPlace
Actually saya dah banyak kali makan kat kedai ni.. cuma baru ni je nak review kan kan..hihi..sejak kedai ni baru bukak lagi saya da try kedai ni.. so boleh nampak la improvement kedai ni..
Kedai ni tokei dia cina.. tapi sangat fasih bercakap melayu dan berasal daripada Pahang. Ikan patin dia pon katanya daripada Pahang juga. Tapi pekerja dia melayu dan indonesia.
Menu saya pada hari ini la ye.. seperti yang di recommend oleh tokei kedai ni.. 1st sekali menu signature dia PATIN MASAK TEMPOYAK (DRY OVEN).. tak pernah saya datang sini tak order menu yg ni.. sedap.. kali ni saya minta dia tambah petai pulak..hohoho..makan dengan nasi panas panas..perghhh...
Memang sedap.. terasa tempoyak dia..kuah pekat dan paling penting tak ada bau ye ikan patin tu.. di masak sempurna. Kata nya ikan ni di masak menggunakan ketuhar kering special.. sedikit keterangan tentang ketuhar ni saya sempat copy paste dari facebook dia.. jap..
Self invented "Ancient Brick Oven."
SATU SATUNYA DI MALAYSIA.
SATU SATUNYA DI MALAYSIA.
Pengenalan ringkas "Ketuhar Zaman Purba":
Ciptaan ini merupakan inspirasi daripada kilang arang kami yang menghasilkan antara kualiti arang yang terbaik di pasaran - tidak berasap, tidak berbau dan bebas daripada bahan kimia.
Dengan Ketuhar Zaman Purba, proses membuat arang ini telah dirombak dan diubahsuai untuk industri makanan (F&B).
Keistimewaan Ketuhar Zaman Purba ini adalah kerana ia satu-satunya terdapat di Malaysia dan mungkin di dunia. Ketuhar ini menggunakan teknik-teknik pengaliran, pengedaran dan penebatan haba yang tersendiri.
Teknik-teknik ini mampu mengekalkan kelembapan dalam semua jenis makanan dan membolehkan hidangan menjadi lebih enak, berkualiti dan lebih
lazat.
Next menu, DAGING SALAI.. ni 1st time saya try.. huhu.. tengok dekorasi menu ni..wowww la.. siap kayu bagai..dan daging tu disidai..ehehe.. ada 10 keping semuanya.. taste dia okey je la.. daging lembut..takde la liat..
Last menu ni, sayur..saya sebenarnya tak makan sayur tapi tokei ni bersungguh-sungguh suruh try SAYUR RANGGUP mereka ni.. katanya kalo x sedap tak payah bayat..wooooo..berani nye..ok..order.. ehehe
Sayur ni sebenarnya digoreng tepung so jadi sangat sangat rangup macam keropok da. Siap ada sos special bersama.. saya tak makan sayur ni dengan nasi, makan macam snack je sambil sembang-sembang ngan member..huhu..
Okeh..abis pasal menu..kita overview sekeliling kedai..
Kedai ni bukan setakat uols boleh makan sedap je.. boleh lepak lepak kat luar tu.. tapi facilities dia memang terbaik.. toilet superb cantik dan bersih.. toilet ni sangat penting untuk sesebuah kedai makan.. kalo toilet kedai tu kotor, mean kotor la kedai or makanan uols tu tau.. dan kedai ni pon walaupun owner cha ya nun alip kan..diorang sediakan bilik surau untuk muslim solat.. ye la pekerja dia pon muslim kan..so if uols makan kat sini nak solat pon boleh..
Ahah..lupa nak bagitau.. tau kan rancangan Jalan Jalan Cari Makan tu... diorang pernah ke sini juga.. dan kedai ni pernah dapat 5 star rating.
Rasanya saya dah share mana yang patut.. uolss baca je tak guna.. gi try makan sana.. recommended gilerrr... ok bye !
Memang sedap ^_^
BalasPadamhttp://learn-mandarin-lesson.com.my/company-dinner-at-patin-place-puchong/