Semalam i ke ampang tau.. dapat invitation ke Prestige Medispa, Ampang.. diorang nak blanje treatment katanya
Lokasi dia betul dekat belakang ampang point tu, shoplot tingkat atas berdekatan dengan habib jewel. Tak yah cari signboard kedai besar tu.. tak de.. dia kedai tingkat atas.. ada signboard atas pintu ni ha...
So naik la tangga ke atas... ding dong pintu.. tettt dengar pintu dah dibuka, so kita masuk la.. masa mula masuk awkward sikit la moment, tapi kita lantak kan aje terus ke kaunter,i yang tegur diorang.. hi... saya normala.. owh.. ok ok kejap ye dia kata.. so i pun melayan diri la ambil gambar di sofa, meja.. semua la.. nasib baik datang dengan acik, boleh tolong ambil gambar dan video.. boleh buat content nanti.. kannnnn..
Konsultan keluar panggil cek muka.. so kita cek la.. dia ada mesin scanner muka.. boleh cek condition skin korang tu, pore besar mana, hydrate ke tak, semua boleh.. lepas tu dia minta i duduk semula tunggu
Macam biasa la sementara tunggu tu ,i snap la gambar sana sini
Lepas tu ada beautician keluar dan panggil i masuk bilik treatment.. nice room.. 1 benda i boleh puji tempat ni nampak kemas , tersusun dan cantik...
Beautician minta i buka tudung dan sangkut di tempat dia sediakan. Buka tudung saja la.. lepas buka i baring
Ok la kita terus cerita step dia ok...
1st biasa la.. cuci make-up dulu...
Lepas cuci makeup dia steam muka nak bagi buka pori muka..untuk mudah dia nak buat extraction sekejap lagi
Lepas steam..dia picit la jerawat, buang whitehead dan blackhead..
Lepas tu, dia start treatment guna mesin dermal infusion ni untuk sedut lebihan kotoran dan dalam masa yang sama dia ada hydrating serum. Suction tak kuat, i tak rasa apa-apa pun di kulit so far.. sakit tak..apa pun tak.. rasa seperti ada benda lalu di muka saja.. than , dia tunjuk air katanya hasil sedutan..
Lepas tu, dia pakaikan sheet mask dalam beberapa minit je..sekejap je..
Lepas tu, dia ambil mesin laser.. dia nak buat treatment laser bibir dan bawah mata.. laser bibir untuk cerahkan bibir gelap, dan laser bawah mata untuk hilangkan dark circle mata i la..
Semasa treatment laser ni, di bibir.. i tak rasa sakit langsung... i cuma ada bau terbakar sahaja la.. masa laser dekat bawah mata, i tak rasa dan bau apa apa pun.. sikit pun tak sakit.. tak lama pun treatment ni sekejap je korang..
Next lepas tu dia sapu gel mask di muka dan ambil LED facial mask machine untuk bantu stimulate collagen muka.
Lepas siap, dia bersihkan muka dan pakaikan skincare.. dah siap.... itu je
Treatment ni tak makan masa lama, i tengok jam bilik 2.30pm start dan tamat dalam masa 1 jam lebih je..
Masa keluar bilik treatment tu, sekali lagi awkward moment berlaku sebab i tak tau nak kemana, buat apa..apa apa apa lagi ke tak.. rupanya settle dah semua.. takde apa lagi.. dah boleh balik..
Hurmm.. ikut kan panjang nak tulis lagi ni.. i dah taip delete..taip delete je ni.. hurmmm...
Tak apa la..takpe la..takpe la.. i proceed tutup cerita ni la dengan result..
1. Part cuci muka dan makeup tu i rasa tak clean, sebab masa balik, masuk je kereta i ambil wet tisu lap muka sebab rasa melekit..i tengok wet tisu tu ada make-up..
2. Picit blackhead whitehead ok, tak sakit lansung.. tapi malam sebelum tidur tempat picit tu ada 2 break-out semula..i dah letak ubat jerawat dah..
3. Laser bibir i tak nampak perubahan, maybe sebab i bibir gelap sejak kecil so susah hilang kot.. tapi part bawah mata.. i memang ada rasa perubahan drastik.. bawah mata i memang ada heavy dark circle dan eye bag sebab i selalu tak tidur malam, and caffeine addicted sejak kecil.. tapi bila i pegang bawah mata, i FEEL mata i tegang weh.. ini 100% genuine review.. i sebenarnya memang sedang berfikir nak buat filler mata tapi since i dapat rasa kesan laser ni dekat mata i.. i rasa i nak tukar.. i nak buat lagi 3 kali laser mata.. i saya sure terus hilang ni eye bag dan dark circle.. ni pun dah beza banyak juga la..
Ok korang kalau nak try boleh ke
Prestige Medispa, Ampang ok