Isnin, 30 September 2013

Event : Royal Pahang Billfish International Challenges 2013 (RPBIC)

Ikan Layaran di Malaysia ?
Betul ke ada di Malaysia? Saya sendiri hampir tak percaya mengenai fakta tadi. Selalunya ikan sedemikian saya hanya lihat melalui National Geograpy je..huhu..kann.. Tapi selepas memerima jemputan oleh En. Ridzuan, President Persatuan Pemancing Malaysia (PpeM) untuk turut sama dalam majlis tahunan rasmi negeri Pahang iaitu Royal Pahang Billfish International Challenges 2013 di Rompin,Pahang sebagai blogger jemputan dan wakil Kelab Pemancing Wanita, barulah saya sedar rupanya neraga kita mempunyai tarikan yang tak ternilai dan menakjubkan iaitu Ikan Layaran.
Pertandingan Memancing Antarabangsa
Setiap tahun beribu-ribu ikan layaran ini akan singgah di perairan Malaysia semasa musim migrasi mereka kerana terdapat banyak ikan bilis serta ikan kecil yang lain di perairan malaysia untuk dijadikan makanan dan terdapat banyak terumbu karang semulajadi juga buatan yang boleh jadi tempat rehat sementara ikan ini sebelum meneruskan perjalanan migrasi mereka ke Australia. Royal Pahang Billfish International Challanges  ini telah diadakan sejak tahun 2004 bagi menarik banyak lagi pelancong mengunjungi Pahang yang mempunyai keajaiban di perairannya sendiri yang jarang kita temui.  RPBIC ini merupakan sebuah pertandingan peringkat antara bangsa memancing ikan layaran dengan konsep tangkap & lepas . RPBIC tahun ini disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Nageri Pahang, Pejabat Kementerian Perlancongan Negeri Pahang, Tourism Malaysia, Tourism Pahang, Perlancongan Tioman, Lanjut Resort dan hasil kerjasama Persatuan memancing Malaysia(Ppem) juga Persatuan Memancing Rompin. Untuk maklumat lansgung boleh ke (event,hotel,bot) link http://www.rpbic.com.my/

Persiapan pertama kali ke RPBIC
Pertandingan ini berlangsung selama 2 hari iaitu 14-15 September 2013, tetapi saya dan rakan-rakan disediakan bilik mulai 13 September 2013 sehingga 16 September 2013 di D’Rhu Beach Chalet. Terima kasih kepada penganjur kerana menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk saya dan rakan-rakan. Sehari sebelum pendaftaran, saya mencari keperluan serta alatan memancing di Juara Tackle yang terletak di Alam Megah, Shah Alam. Saya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Juara Tackel kerana mereka bersungguh-sungguh membantu saya dalam menyediakan peralatan yang lengkap untuk memancing ikan layaran ini.


Hari Pertama Permburuan Ikan Layaran
Sabtu, 14 September 2013. Majlis perasmian dan perlancaran bermula pada jam 8 pagi di Jeti Lanjut, Rompin, Pahang. Saya sangat teruja apabila melihat berpuluh-puluh kumpulan pemancing daripada seluruh dunia antaranya Malaysia, Singapura, Indonesia, China, UAE, Italy dan banyak lagi.huhu..ramai sangat uols.. Melihat mereka sungguh bersemangat membuatkan saya lebih tak sabar untuk menaiki bot.  
TAPI...Acara paling unik pada pagi itu ialah disaat perlepasan semua bot peserta ke laut. uols boleh lihat berpuluh-puluh bot di atas laut bergerak  serentak ke destinasi masing-masing. Waaaaa...hihi.. (sambil melompat2 teruja) Selepas semua bot peserta berlepas, barulah saya dan rakan-rakan menaiki bot untuk memancing. Saya dan rakan-rakan menaiki bot VIP bersama-sama Tuan Haji Idros (Pengarah Perlancongan Pahang). Dia sangat porting uols..peramah pulak tu..terbaikkk..
 
Okeh..sebelum memburu ikan layaran, perkara pertama yang kami harus buat ialah mencari umpan hidup. Menurut tekong bot kami, Abang Adik, biasanya umpan seperti ikan kembong digunakan sebagai umpan. So, kami memancing umpan dengan menggunakan teknik apollo. Apa yang buat saya seronok semasa mencari umpan hidup ini ialah kami seolah-olah berpesta menaikkan ikan kerisi, ikan kembong dan sotong..wow..banyak gile uols..kami gilir-gilir non stop naik kan hasil daripada joran masing-masing.. Lebih tak disangka-sangka, Tuan Haji Idros dapat menaikkan ikan kerapu yang agak besar hanya dengan menggunakan apollo sahaja.Dasyattt..fuh.. (sambil geleng pala)
 
 
 

Selepas puas mengumpul umpan hidup, tekong membawa kami ke port ikan layaran. Kami menggunakan sotong yang kami pancing tadi sebagai umpan. Menggunakan mata kail jenis cirlce hook dan mata kail itu dicucuk di bahagian ekor sotong itu. Kemudian sotong itu dilepaskan bebas ke dalam air laut. bye bye sotong.. Selepas sotong bergerak agak jauh daripada bot, saya melihat tekong meniup dan mengikat belon di tali pancing itu. ahah..Satu lagi teknik memancing yang baru kami pelajari di situ.
 
Penantian demi penantian, tiba-tiba kami dikejutkan dengan berekor-ekor ikan layaran ini bermain di permukaan air menampakkan layarnya betul-betul di sebelah bot kami. Gile kentang !!! Tak dapat saya gambarkan betapa terujanya saya dapat melihat keajaiban tuhan itu betul-betul bermain depan mata seolah-olah sengaja memperkenalkan diri kepada kami yang pertama kali ke laut Rompin ini untuk melihat ikan layaran . 
Selepas beberapa minit kemudian, reel joran saya berbunyi kuat dan laju. Ahah..pasti mengena. Joran terus dipegang dan reel dipusing. Malangnya, mata kail terlucut daripada mulut ikan.. Arghhh.. kecewa sangat.. tapi kami tak berputus asa.. beberapa jam kemudian sekali lagi reel joran saya berbunyi dan kali ini kami berjaya menaikkan ikan ini tetapi bukan ikan layaran tetapi ikan todak . Penangan ikan todak ini bukan calang-calang juga tetapi bila ikan itu berada ditangan rasa puas tak terkata. Dalam jam 4.30 petang, tekong membawa kami pulang ke jeti. Memang agak sedih kerana tak berjaya dapatkan ikan layaran tetapi kami masih belum berputus asa. Esok masih ada. takpe..takpe..Balik kami terus bersihkan diri dan tidur.
Hari Kedua Memburu Ikan Layaran
Ahad, 15 September 2013. Jam 8 pagi dengan semangatnya kami sampai di jeti dan terus menaiki bot ke laut..huhu.. Berbekalkan pengalaman semalam, kami sudah tahu apa yang patut kami lakukan. Bezanya cuma kami tak melihat kelibat ikan layaran ini langsung. sedih sikit la uols...Walaupun begitu, kami tetap seronok mengumpul ikan kerisi, kembong dan sotong. Juga sekali lagi joran saya telah memikat cik todak. Kali ini, ikan todak kami lebih besar berbanding semalam. Ahahahaha (sambil gelak bangga)
Pada hari ini, masa memancing kami lebih singkat. Kami diberitahu untuk pulang sebelum jam 3 petang bagi bersiap sedia untuk majlis penutup dan penyampaian hadiah malam nanti. yelah..nak kena mandi..make up..huhu..kann.. Tapi sebelom kami pulang ke jeti, mungkin tuah kami, walaupun kami tak merasa menaikkan ikan layaran pada hari ini tetapi secara kebetulan kami terserempak dengan pasukan daripada indonesia ini sedang bertarung menaikkan ikan layaran mereka. Terubat hati dapat melihat ikan itu dinaikkan walaupun bukan kami yang naikkan. Kemudian kami terus pulang untuk buat persiapan majlis malam pula.
 
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah
Majlis penutup diadakan di Lanjut Resort & Golf. Sebelum majlis penutup bermula, saya berkesempatan berbual dan bertukar pendapat dengan beberapa VVIP majlis seperti Tuan Haji Idros (Pengarah Perlancongan Pahang) dan Datuk Maznah Mazlan (ADUN Muazam Shah). Berborak dengan mereka memang menyeronokan kerana mereka sangat mudah mesra.
 
Majlis bermula jam 8.30 malam. Dimulai dengan ucapan daripada President Persatuan Memancing, En Ridzuan dan beberapa lagi VVIP jemputan. Diselingi persembahan tarian tradisional, acara yang paling ditunggu-tunggu semua peserta selepas itu semestinya acara penggumuman pemenang. Tempat pertama dimenangi oleh kumpulan Exoga dengan jumlah tangkapan 21 ekor ikan layaran... waahh..gile hebat mereka ni..dan yang menarik lagi malam tu ialah MAKAN!!

Pengalaman Yang Tak Akan Dilupakan
Saya pulang ke kuala lumpur pada esok harinya. Sebelum pulang, kami sempat berbual dengan semua ahli persatuan memancing malaysia dan saya sangat berterima kasih kepada mereka kerana sudi menjemput saya untuk merasai sendiri pengalaman memancing ikan layaran ini. Pengalaman yang sangat berharga dan pasti tak akan saya lupakan. Saya sendiri 100% mengsyorkan kepada semua orang untuk mencuba aktiviti ini. Sangat seronok.

Special thanks to our sponsor and all there who entertain me and my friends;
Tuan Haji Idros (Perngarah Perlancongan Pahang)
Datuk Maznah (ADUN Muazam & iron lady who started this great event idea)
Persatuan Pemancing Malaysia (PpeM) who invited me, En. Ridzuan, En. Ramli Dahlan, En. Nizam
Juara Tackle, who help me prepare my equipment En. Azrul and Pn, Nani (012-3138652)
Mr. Adik & friends who is our Tekong (017-9787921)
En. NurHafiz & Pn. Ros who is a Boat Charter(017-5060252/017-9265869)
Photographer (Miss Nai 013-3338302) (Wak Rem 012-2730477)(Miss Shima)

 

Isnin, 2 September 2013

Penyakit : Masalah Batu Hempedu (Gallstone)



Tatkala semua orang sedang bergembira berhari raya, saya tak gembira pun sebab saya bermalam seminggu di hospital pada minggu pertama raya lagi.. Pergh...ayat ku.. uols perasan tak perkataan 'tatkala' tu.. ahahaha.. dramatik gile.. kengkonon nak tunjuk ni entry serious ni.. bukan main-main tau..huhu..ok ok kita berbalik serious ye..
at last macam rumah terbuka je kan bilik ni..beraya kat hospital
kalau uols nak tau, bukan saya yang sakit la... makcik saya (Achik) yang sakit.. saya teman kan dia je..saya jaga dia dihospital sejak dia masuk sampai dia keluar..actually dia ni da sakit lama, simpom dia mula-mula macam biasa je tapi lama-lama parah..pergi klinik dah berkali-kali..dah buat cek darah, air kencing..buat juga ultrasound..tak jumpa pape..aihhh..naik pelik..huhu..at last doktor tulis surat suh dia gi hospital..

kami ke hospital Sunway Medical Centre..tau la bila dah ke hospital memang dia suh dok wad je la..kat hospital doktor mula-mula buat endoscopy nak cek usus tu..kot kot sakit sebab ulser perut ke hape ke kan..tapi usus dia bersih.. but bila buat balik ultrasound, baru tau punca sakit uolsss.. ada batu duduk itu hempedu daaa... huhu.. tapi bukan betul-betul dalam tu..batu tu tersangkut kat saluran.. sebab tu bertambah-tambah sakit la kan.. than apa buat ? operate la uols..

doktor kata kena operate buang batu dan hempedu.. balik daripada endoscope ngan ultrasound, doktor terus cakap..esok operate okeh.. amboiii..cepat betol..ye la..hospital bayar kan..semua cepat..kalo hospital kerajaan mungkin lambat lagi kot..hehe.. tapi nasib baik Achik ada medical card uols..insurance bayar lorr..huhu.. Kos operate + ubat + consultation doktor + proses endoscope + ultrasound + wad 1 bedroom = RM15,000 ++.. lebih kurang gitu la.. huhu..

ok la..sebab ramai sangat yang amik remeh simpom penyakit hempedu ni saya share sikit la pengetahuan dan kajian saya tentang penyakit ni ye.. actually sebelum Achik saya masuk sepital lagi saya dah syak-syak dia ada masalah Gallstone ni..tapi sebab kat klinik cek kata takde..tapi kat sepital kata ada..sebab banyak simpom saya nampak Achik mengadu selalu.. contoh muntah hijau, sakit belikat kanan,muntah, pedih ulu hati dan banyak lagi.. tujuan saya share ni sebagai PANDUAN sikit sebanyak je okeh..saya bukan doktor..tapi saya ada banyak pengalaman (sebab kerja dulu) berkaitan dengan bermacam-macam sakit kronik..

Pundi Hempedu 

Pundi hempedu ni bentuk dia ala-ala buah pear kecil. Terletak betul-betul bawah hati dan dibahagian kanan abdomen kita..memang kecil hempedu ni tapi bila sakit..hanya tuhan dan yang pernah sakit je la tahu..saya tahu sebab nampak betapa tersiksanya Achik tanggung sakit. Fungsi pundi hempedu ni sebenarnya sebagai tempat simpan dan mengumpulkan jus hempedu. Jus hempedu ni dihasilkan oleh hati dan berfungsi pula sebagai pengelmusi lemak dalam makanan yang kita makan..bila kita makan benda berlemak/berminyak, pundi hempedu ni akan merembeskan atau kata mudah pham dia macam perah perahkan la jus hempedu tu keluar untuk uraikan lemak-lemak tu.. sebab tu sesiapa ada masalah hempedu ni, mesti akan sakit sangat bila makan benda berlemak atau berminyak..
Antara penyakit berkaitan dengan pundi hempedu;
- keradangan di pundi hempedu atau saluran hempedu
- kejang otot di pundi hempedu atau kelemahan kembang kuncupnya saluran hempedu tu
- terbentuknya batu dalam hempedu atau saluran hempedu (ni yang Achik kena)
- terdapat halangan di saluran untuk melepaskan jus hempedu tu
- kanser hempedu

apa yang say nak share lebih ialah berkalitan dengan Batu Karang Dalam Hempedu atau Batu Hempedu atau Gallstone...
proses untuk menjadi batu tu adalah proses yang lama, slow dan biasanya tiada rasa sakit atau simptom sebab tu ramai yang terkejut bila dapat tau tetiba dia ada bayak batu dalam hempedu.. tapi dalam kes Achik dia cuma ada 1 je batu, tapi besar sangat dah dan ia tersekat kat saluran hempedu tu yang buat sakit.. kebanyakkan batu ni daripada kolestrol dan ada juga yang daripada campuran punya..tapi biasanya kolestrol la..
batu hempedu milik Achik
Macam mana boleh jadi BATU ???

ada banyak sebab juga.. contoh ye;
- apabila hati merembeskan terlalu banyak kolestrol ke dalam hempedu
- apabila pundi hempedu tak dapat kosongkan pundinya seperti biasa dan menyebabkan ada takungan dalam tu.
- sel-sel lapisan di pundi hempedu tu tak cekap untuk serap kolestrol/lemak  daripada jus hempedu tu.
- terdapat kandungan bilirubin yang tinggi. bilirubin biasanya terbentuk dalam pecahan homoglobin darah dan dikeluarkan oleh badan ke dalam hempedu. ramai pakar percaya bilirubin ni la yang mainkan peranan untuk hasilkan batu kolestrol dalam hempedu tu.

Macam mana nak tau kena sakit ni ? SIMPTOM
- sakit atau rasa tengang kat bawah tulang rusuk sebelah kanan
- sakit kat antara belikat dan mungkin sangat sakit belikat kanan
- najis ringan dan warna pucat
- senak bila lepas makan terutama bila makan benda berminyak atau berlemak
- rasa loya dan muntah-muntah
- pening
- perut kembung
- rasa bergas je perut tu (macam gastrik pun  ada, macam pedih ulu hati pun ada)
- cirit-birit (atau mungkin najis berselang seli dengan lembut dan air)
- sembelit
- sakit kepala atas mata terutama mata kanan
- rasa ada cecair pahit datang setiap kali lepas makan
- banyak lagi lahhh

Antara faktor yang boleh meningkatkan risiko batu hempedu ni;
- jika anda wanita (tak masud lelaki tak boleh kena ok)
- berusia 60 tahun atau lebih (tak kata orang muda tak kena juga ye)
- obesiti atau berat badan berlebihan (mungkin juga perubahan berat mendadak)
- suka makan makanan berlemak
- suka makan benda berkolestrol
- makan makanan yang rendah serat
- ada sejarah keluarga yang sakit sama ( faktor genetik la)
- ada diabetis.. kencing manis
- ada ambil ubat tertentu seperti ubat kolestrol atau ada kandungan estrogen
- banyak laaa

Treatment/Rawatan
- Pembedahan untuk membuang pundi hempedu. Apabila pundi hempedu uols dikeluarkan, hempedu mengalir terus dari hati ke usus kecil, dan bukannya disimpan di dalam pundi hempedu lagi. uols tidak perlu pundi hempedu anda untuk hidup, dan penyingkiran pundi hempedu tidak menjejaskan keupayaan uols untuk mencerna makanan, tetapi ia boleh menyebabkan cirit-birit, yang biasanya sementara je,.

- Makan ubat salah satu cara.. biasanya untuk kes yang tak serious doktor bagi makan ubat je.. tapi kesan dia lama sangat...mungkin berbulan-bulan dan mungkin juga tak jalan ponnn..huhuhu..last last kena operate jugak.. actually ubat tu fungsinya untuk pecahkan atau larutkan batu tu tapi tu pon bergantung juga la..ehehe
Okeh..bila cakap pasal pembedahan ni ramai yang takut kan.. saya share sikit ye pasal pembedahan di Sunway Medical Centre ni.. sekarang kita semua bertuah sebab dah ada teknologi lebih better daripada dulu.. kalau dulu kalau nak bedah kena belah membelahkan..macam seram je..huhu.. now ada satu cara operate kalo tak silapnya namanya LAPAROSKOPIK. Caranya dengan guna laparoskop iaitu sejenis tiub nipis dgn sistem lampu dan kamera video kecil. Tak perlu belah membelah dah.. pembedahan ni cuma buat 4 tebukan kecil je. 3 tebuk kat bawah rusuk kanan dan 1 lagi tebuk kat pusat untuk masuk kan kamera.. Prosedur ni tak lama dalam sejam je tapi Achik hari tu sekejap je..doktor kata 45 minit je..yang lama saya tunggu sebab persediaan dan masa nak sedarkan balik Achik tu.. jangan risau masa pembedahan tu uols tak sedar 100%..pas operate je nurse sedarkan balik..ahahaha..dan pembedahan ni cepat sembuh parut lukanya..so far now dah 2 minggu after oprate..luka dah ok..dah cantum dah ok da..

TAPI ada beberapa kes doktor kata tak boleh buat cara pembedahan ni atas beberapa faktor contoh bila hempedu tu dah melekat kat usus ke ape ke..memang tak boleh..so cara yang terpaksa buat ialah Pembedahan cara tradisional la..belah membelah..huhu..seram !

ok..saya rasa mungkin cukup la info ni..lain-lain saya tambah kendian yerk.. yang penting uols...jaga kesihatan..jangan makan berlemak minyak banyak..jangan biar berat badan naik mendadak..kurangkan kolestrol..jaga gaya hidup supaya kita sama-sama boleh cerah semua ni..

kalau uols nak tau atau nak baca sendiri pengalaman Achik saya tu....dia ada coretkan dalam blog dia..boleh la melawat..hihi.. http://restfeelthefish.blogspot.com/2013/08/informasi-batu-karang-dalam-hempedu.html