Jumaat, 6 Januari 2012

Memancing : Pulau Undan


Destinasi memancing seterusnya ------->Pulau Undan





Kali ini abang Abu bawa kami ke Pulau Undan..katanya port baikk memancing..ok la sebab tak pernah pergi kan...tapi kalo tengok gambar nanti banyak gambar kami posing2 je la..sebab tak sempat nak amik gambar ikan ke hape sebab bateri iphone kong daaaa...huhuhu....

Macam biasa sementara tunggu Abg Abu siap-siap ngan bot dia..kami klik klik sana sini..



gile ko nak gi memancing pakai bulu mata palsu !!! ahakss...

Mala,  Achik,  Iok,  Eric

Ok..apa lagi tunggu..JOM KE PULAU UNDAN !!!

Abg Abu ngan sape tah pak cik tu..bantu dia..ehehe..



cey cey cey..ber spek itam
kami kena amik pic sendiri !!!
Ni dalam perjalanan ke pulau Undan..nasib baik bot abg abu ni laju jugak la..40 minit suda sampai... Tak sabar nak sampai ni.. Da la Panas..huhu..puhhhh..

Yeayyy...Dah sampai.. (sambil lompat2)
Gile Cantik permandangan pulau ni..takde orang len pon..huhu..angin kuat sekuat panas matahari..bunyi alam tu ada la kat sini.. 

orang dia pon cantek kan..ahahaha
cantek kan...tempat ni..
bila sampai je kompom la tanak lepaskan peluang amik gambar..disebabkan masing2 da tak sabo nak mancing so saya kena la amik gamba sendiri..jadi la...





Walaupun kami takde gambar ikan, hasil tangkapan..believe me..sini kita akan gila tengok ikan yang gile banyak..sebab tu diorang ni tak toleh nak amik gambar..saya je syok sendiri..huhu..ikan kat sini mengeletis tau..kalo korang pernah pergi kolah ikan & bagi ikan makan roti, cer tengok ikan tu berkumpul lompat2 makan..macam tu la ikan kat sini..bezanya kami tak tabur makanan pon...macam serah diri je..beribu-ribu ikan naik atas permukaan air koooo...kompom gile tengok...

sebab ikan terlalu mudah dapat & banyak sangan..diorang ni pakai polo..mata kali 6 terus 1 joran..letak je dalam air than terus angkat kompom sume penuh ikan besar-besar..macam main mainan pulak rasa...tapi betul.. saya tak berani nak angkat sekali 6 ikan macam diorang, so saya guna 1 je mata kail macam biasa..hehe...

Ikan Apa Yang Ada? 
yang kami nampak banyak..sebab ikan naik atas permukaan kan.. Ikan Kacang, Ikan Bawal, Ikan Selar Kuning, Ikan Mata Besar and banyak lagi la..ada la kelainan ikan..biasa Ikan Sembilang, Ikan gelama, Ikan Duri je kan kan...ehehehe...


makan achik !!!
amboiii...cepat aje makan..huhu
dah penat kan..so kami gi ke pantai dia..makan sambil memanjakan diri dihembus angin laut...fuhhh...pantai yang cantek..pasir yang gebu...







keje kami amik gambo je...
keje mereka berkubang !!!!
Lepas makan...berrehat sambil menikmati keindahan alam...posing sana sini... Iok & Eric dah berendam..biar lah..huhu...







klik klik sana sini...
hehehe..syok sendiri suda !!
sementara tunggu mereka yang berendam tu nak naik..kami amik gambar sana sini..atas batu..tepi pokok..depan pantai..ahahaha





di atas batu pon jadi tau..
kengkonon disuatu petang yg damai
ehehehehe...



Idea : 8 sebab kenapa suami cari lain



Selalu saya berkata tentang lelaki yang curang..yang dayus..yang malas...yang bermasalah and bla bla bla bla...tapi kengkadang tu silap seperti mana berlaku perubahan hati lelaki itu berlaku disebabkan si isteri itu sendiri juga.. di bawah ni saya nak share beberapa perkara yang sepatutnya menjadi PANTANG untuk isteri lakukan bagi menjaga keharmonian rumahtangga..

Baru-baru ni saya ada menerima luahan perasaan seorang kawan yang tertekan disebabkan dia diganggu oleh seorang perempuan yang dia sendiri pun tak kenali..yang tak best ni, perempuan tu memaki hamun si kawan ni sebab merampas suaminya (merampas perhatian kot)hehehe... masalahnya...kawan ni tak kenal sangat suami dia tu.. the best part is, perempuan tu turut ganggu suami kawan ni, anak dia juga, family juga saudara..damnnn..

bunyi macam tak elok je kan pompuan sesama pompuan serang menyerang hanya kerana seorang lelaki...hurm..saya pernah juga ada pengalaman yang sama.. jawab saya "Kalo ko tak saling percaya suami isteri kenapa korang hidup sebagai suami isteri & bercinta? love is bout trust juga ok!!!" atau dengan kata manja nye, tak payah la nak cemburu buta tanpa usul periksa.. actually perbuatan tanpa usul periksa pompuan macam tu hanya merosakan kehidupan pompuan yang dia serang tu pulak...

secara psychology pula, yang saya nampak kenapa jadi kes serang tak tentu pasal/ cemburu buta di sebabkan perasaan tergugat dia dengan perempuan lain disebabkan kelemahan diri dia yang memang dia sendiri sedar tapi tanak buat peningkatan...contoh, bila suami dia add 1 girl dalam facebook dia start meroyan sebab girl tu lebih cantik tapi dia COMOT... dibuatnya girl tu sebenarnya sedara dia ke, kawan sekolah ke, bos dia ke..cane??? (sambil geleng pale)

Bila kita rasa tergugat dengan pompuan lain, kita bukan serang pompuan lain tu patotnye...kita cuba jadi lebih baik dari pompuan tu, perbaiki kelemahan sebab nobody perfect rite..
Ni antara 8 sebab kenapa suami akan cari lain atau dikenali sebagai 8C.. harap boleh kita sama-sama rujuk dan perbaiki diri sendiri untuk keharmonian rumah tangga..

C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & tutur kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR
Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun. suami tengok dia pon boring..

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.Perhhhh...

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8. CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C saya jumpe dalam satu website kalo tak silap klinikqistina.. saya menulis bukan kerana saya perfect, saya pon buruk sini sana tapi kita amik tips ni sebagai petunjuk untuk kita perbaiki diri sendiri sebab ia lebih baik daripada serang menyerang orang lain yang kompom memalukan muka sendiri sebab orang sekeliling pon akan jadi annoying bila tengok keadaan kita macam tu..