Ikan Layaran
di Malaysia ?
Betul ke ada di Malaysia? Saya sendiri hampir tak percaya
mengenai fakta tadi. Selalunya ikan sedemikian saya hanya lihat melalui
National Geograpy je..huhu..kann.. Tapi selepas memerima jemputan oleh En. Ridzuan,
President Persatuan Pemancing Malaysia (PpeM) untuk turut sama dalam majlis tahunan
rasmi negeri Pahang iaitu Royal Pahang Billfish International Challenges 2013
di Rompin,Pahang sebagai blogger jemputan dan wakil Kelab Pemancing Wanita, barulah
saya sedar rupanya neraga kita mempunyai tarikan yang tak ternilai dan
menakjubkan iaitu Ikan Layaran.
Pertandingan Memancing Antarabangsa
Setiap tahun beribu-ribu ikan layaran ini akan singgah di
perairan Malaysia semasa musim migrasi mereka kerana terdapat banyak ikan bilis
serta ikan kecil yang lain di perairan malaysia untuk dijadikan makanan dan
terdapat banyak terumbu karang semulajadi juga buatan yang boleh jadi tempat
rehat sementara ikan ini sebelum meneruskan perjalanan migrasi mereka ke
Australia. Royal Pahang Billfish International Challanges ini telah diadakan sejak tahun 2004 bagi
menarik banyak lagi pelancong mengunjungi Pahang yang mempunyai keajaiban di
perairannya sendiri yang jarang kita temui.
RPBIC ini merupakan sebuah pertandingan peringkat antara bangsa
memancing ikan layaran dengan konsep tangkap & lepas . RPBIC tahun ini
disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Nageri Pahang, Pejabat Kementerian
Perlancongan Negeri Pahang, Tourism Malaysia, Tourism Pahang, Perlancongan
Tioman, Lanjut Resort dan hasil kerjasama Persatuan memancing Malaysia(Ppem)
juga Persatuan Memancing Rompin. Untuk maklumat lansgung boleh ke (event,hotel,bot) link http://www.rpbic.com.my/
Persiapan
pertama kali ke RPBIC
Pertandingan ini berlangsung selama 2 hari iaitu 14-15
September 2013, tetapi saya dan rakan-rakan disediakan bilik mulai 13 September
2013 sehingga 16 September 2013 di D’Rhu Beach Chalet. Terima kasih kepada
penganjur kerana menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk saya dan
rakan-rakan. Sehari sebelum pendaftaran, saya mencari keperluan serta alatan
memancing di Juara Tackle yang terletak di Alam Megah, Shah Alam. Saya sangat
berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Juara Tackel kerana
mereka bersungguh-sungguh membantu saya dalam menyediakan peralatan yang
lengkap untuk memancing ikan layaran ini.
Sabtu, 14 September 2013. Majlis perasmian dan perlancaran bermula pada jam 8 pagi di Jeti Lanjut, Rompin, Pahang.
Saya sangat teruja apabila melihat berpuluh-puluh kumpulan pemancing daripada
seluruh dunia antaranya Malaysia, Singapura, Indonesia, China, UAE, Italy dan
banyak lagi.huhu..ramai sangat uols.. Melihat mereka sungguh bersemangat membuatkan saya lebih tak sabar
untuk menaiki bot.
TAPI...Acara paling unik pada pagi itu ialah disaat perlepasan semua bot peserta ke laut. uols boleh lihat berpuluh-puluh bot di atas laut bergerak serentak ke destinasi masing-masing. Waaaaa...hihi.. (sambil melompat2 teruja) Selepas semua bot peserta berlepas, barulah saya dan rakan-rakan menaiki bot untuk memancing. Saya dan rakan-rakan menaiki bot VIP bersama-sama Tuan Haji Idros (Pengarah Perlancongan Pahang). Dia sangat porting uols..peramah pulak tu..terbaikkk..
TAPI...Acara paling unik pada pagi itu ialah disaat perlepasan semua bot peserta ke laut. uols boleh lihat berpuluh-puluh bot di atas laut bergerak serentak ke destinasi masing-masing. Waaaaa...hihi.. (sambil melompat2 teruja) Selepas semua bot peserta berlepas, barulah saya dan rakan-rakan menaiki bot untuk memancing. Saya dan rakan-rakan menaiki bot VIP bersama-sama Tuan Haji Idros (Pengarah Perlancongan Pahang). Dia sangat porting uols..peramah pulak tu..terbaikkk..
Okeh..sebelum memburu ikan layaran, perkara pertama yang kami
harus buat ialah mencari umpan hidup. Menurut tekong bot kami, Abang Adik,
biasanya umpan seperti ikan kembong digunakan sebagai umpan. So, kami memancing
umpan dengan menggunakan teknik apollo. Apa yang buat saya seronok semasa
mencari umpan hidup ini ialah kami seolah-olah berpesta menaikkan ikan kerisi,
ikan kembong dan sotong..wow..banyak gile uols..kami gilir-gilir non stop naik kan hasil daripada joran masing-masing.. Lebih tak disangka-sangka, Tuan Haji Idros dapat
menaikkan ikan kerapu yang agak besar hanya dengan menggunakan apollo sahaja.Dasyattt..fuh.. (sambil geleng pala)
Penantian demi penantian, tiba-tiba kami dikejutkan dengan berekor-ekor ikan layaran ini bermain di permukaan air menampakkan layarnya betul-betul di sebelah bot kami. Gile kentang !!! Tak dapat saya gambarkan betapa terujanya saya dapat melihat keajaiban tuhan itu betul-betul bermain depan mata seolah-olah sengaja memperkenalkan diri kepada kami yang pertama kali ke laut Rompin ini untuk melihat ikan layaran .
Selepas beberapa minit kemudian, reel joran saya berbunyi kuat dan
laju. Ahah..pasti mengena. Joran terus dipegang dan reel dipusing. Malangnya,
mata kail terlucut daripada mulut ikan.. Arghhh.. kecewa sangat.. tapi kami tak
berputus asa.. beberapa jam kemudian sekali lagi reel joran saya berbunyi dan
kali ini kami berjaya menaikkan ikan ini tetapi bukan ikan layaran tetapi ikan
todak . Penangan ikan todak ini bukan calang-calang juga tetapi bila
ikan itu berada ditangan rasa puas tak terkata. Dalam jam 4.30 petang, tekong
membawa kami pulang ke jeti. Memang agak sedih kerana tak berjaya dapatkan ikan
layaran tetapi kami masih belum berputus asa. Esok masih ada. takpe..takpe..Balik kami terus
bersihkan diri dan tidur.
Hari Kedua
Memburu Ikan Layaran
Ahad, 15 September 2013. Jam 8 pagi dengan semangatnya kami sampai di jeti dan terus menaiki bot ke laut..huhu.. Berbekalkan
pengalaman semalam, kami sudah tahu apa yang patut kami lakukan. Bezanya cuma
kami tak melihat kelibat ikan layaran ini langsung. sedih sikit la uols...Walaupun begitu, kami tetap
seronok mengumpul ikan kerisi, kembong dan sotong. Juga sekali lagi joran saya
telah memikat cik todak. Kali ini, ikan todak kami lebih besar
berbanding semalam. Ahahahaha (sambil gelak bangga)
Pada hari ini, masa memancing kami lebih singkat. Kami
diberitahu untuk pulang sebelum jam 3 petang bagi bersiap sedia untuk majlis
penutup dan penyampaian hadiah malam nanti. yelah..nak kena mandi..make up..huhu..kann.. Tapi sebelom kami pulang ke jeti, mungkin tuah kami, walaupun kami
tak merasa menaikkan ikan layaran pada hari ini tetapi secara kebetulan kami
terserempak dengan pasukan daripada indonesia ini sedang bertarung menaikkan
ikan layaran mereka. Terubat hati dapat melihat ikan itu dinaikkan walaupun
bukan kami yang naikkan. Kemudian kami terus pulang untuk buat persiapan majlis
malam pula.
Majlis Penutup
dan Penyampaian Hadiah
Majlis penutup diadakan di Lanjut Resort & Golf.
Sebelum majlis penutup bermula, saya berkesempatan berbual dan bertukar
pendapat dengan beberapa VVIP majlis seperti Tuan Haji Idros (Pengarah
Perlancongan Pahang) dan Datuk Maznah Mazlan (ADUN Muazam Shah). Berborak
dengan mereka memang menyeronokan kerana mereka sangat mudah mesra.
Majlis bermula jam 8.30 malam. Dimulai dengan ucapan
daripada President Persatuan Memancing, En Ridzuan dan beberapa lagi VVIP
jemputan. Diselingi persembahan tarian tradisional, acara yang paling
ditunggu-tunggu semua peserta selepas itu semestinya acara penggumuman
pemenang. Tempat pertama dimenangi oleh kumpulan Exoga dengan jumlah tangkapan
21 ekor ikan layaran... waahh..gile hebat mereka ni..dan yang menarik lagi malam tu ialah MAKAN!!
Pengalaman
Yang Tak Akan Dilupakan
Saya pulang ke kuala lumpur pada esok harinya. Sebelum
pulang, kami sempat berbual dengan semua ahli persatuan memancing malaysia dan
saya sangat berterima kasih kepada mereka kerana sudi menjemput saya untuk
merasai sendiri pengalaman memancing ikan layaran ini. Pengalaman yang sangat
berharga dan pasti tak akan saya lupakan. Saya sendiri 100% mengsyorkan kepada
semua orang untuk mencuba aktiviti ini. Sangat seronok.
Special thanks
to our sponsor and all there who entertain me and my friends;
Tuan Haji Idros (Perngarah Perlancongan Pahang)
Datuk Maznah (ADUN Muazam & iron lady who started this great event idea)
Persatuan Pemancing Malaysia
(PpeM) who invited me, En. Ridzuan, En. Ramli Dahlan, En. Nizam
Juara Tackle, who help me prepare my equipment En. Azrul and Pn, Nani (012-3138652)
Mr. Adik & friends who is our Tekong (017-9787921)
En. NurHafiz & Pn. Ros who is a Boat Charter(017-5060252/017-9265869)
Photographer (Miss Nai 013-3338302) (Wak Rem 012-2730477)(Miss Shima)
Tahniah...
BalasPadamGood Job... Saya Share kat FB dan Blog saya
BalasPadam